Kanak-Kanak Tiga Tahun Positif Dadah, Dipercayai Angkara Bapa Tiri

Seorang ibu membawa anak lelakinya ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana ianya dikatakan berkelakuan pelik dan tidak seperti kebiasaan setelah dijaga oleh bapa tirinya sehari sebelum kejadian.

Setelah mendapat rawatan di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur (Wad Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur), kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu telah didapati positif dadah jenis Amfetamina dan Methapetamina.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman, mengatakan bahawa laporan itu diterima daripada doktor yang bertugas setelah menjalankan ujian air kencing terhadap kanak-kanak itu pada empat hari yang lepas.

Menurut siasatan awal, kanak-kanak itu dikatakan telah dijaga oleh bapa tirinya yang berusia 38 tahun di Nilai pada 14 April yang lalu.

Berikutan daripada itu, polis sedang mengesan keberadaan bapa tiri mangsa iaitu Mohd Faresh Khalid yang bekerja sebagai tukang jahit pakaian dan beralamat C-13-7 Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan PT 8413 Jalan 5/4B, Taman Desa Jasmin, Nilai.

Mohd Fazley berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes ini juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pihak polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat tentang lelaki terbabit agar menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Nilai, Asisten Superintenden Md Nurazam Md Ghazali di talian 013-8005225 atau pegawai-pegawai penyiasat Inspektor Rozainita Aida Mohamed Bakri di talian 011-33330025 dan Inspektor Normi Hashim di talian 013-6949623 atau di balai polis yang berhampiran.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca