Kanak-Kanak OKU Ini Terperangkap Di Dalam Rumah Bersama Mayat Ibu Selama 4 Hari

Seorang kanak-kanak kategori orang kurang upaya (OKU) bukan sahaja terpaksa menahan lapar dan dahaga selama empat hari tetapi dia juga turut terperangkap di dalam rumah bersama dengan mayat ibunya. Insiden memilukan ini berlaku di Taman Impian Emas dekat Johor Bahru.

Pada awal pagi Ahad, pihak bomba telah menerima satu panggilan yang memaklumkan seorang kanak-kanak OKU berusia 12 tahun terperangkap di dalam kediaman berkenaan.

Menurut Pegawai Bomba Kanan II iaitu Saifulizam Mohd Salleh, sembilan anggota bomba bersama jentera dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru segera dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan tersebut.

“Kejadian dimaklumkan oleh anak mangsa yang datang ke rumah seminggu sekali.”

“Ketika ditemui mangsa yang dikenali sebagai Chiong Chan Lin, 63 tahun telah pun meninggal dunia. Manakala anak lelaki OKU berumur 12 tahun dijumpai di dalam bilik air dalam keadaan lapar dan dahaga.”

“Pihak bomba memberikan air minuman kepada anak mangsa OKU yang dipercayai sudah empat hari tidak makan,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, kes ini dirujuk kepada pihak polis bagi siasatan dan tindakan selanjutnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca