Kanak-Kanak Maut Jatuh Dari Tingkat 3 Hotel Ketika Ibu Bapa Seronok Karaoke

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Indonesia dilaporkan menghembuskan nafas terakhir dipercayai kerana terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Kota Pekanbaru, Riau.

Memetik laporan Liputan 6, mangsa dilaporkan bersendirian di dalam bilik hotel ketika kejadian manakala ibu bapanya iaitu Okta Reviani Heni dan Muhammad Rizky Ravaneli sedang seronok berkaraoke di tingkat bawah bangunan berkenaan. 

Insiden itu disedari selepas salah seorang pekerja hotel tersebut terdengar bunyi benda jatuh dari laluan masuk tetapi alangkah terkejutnya dia apabila melihat seorang kanak-kanak telah terbaring di lantai dengan keadaan berlumuran darah.

Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi dia disahkan meninggal dunia. Saksi yang merupakan pekerja hotel berkenaan berkata dia ternampak tingkap terbuka dari tingkat tiga ketika melihat ke atas tempat di mana mangsa terjatuh.

Pekerja itu kemudiannya pergi ke bilik mangsa untuk melakukan pemeriksaan tetapi dia tidak menemui sesiapa di dalam bilik hotel berkenaan.

Apabila pintu diketuk, pekerja hotel itu tidak menerima sebarang respons sebaliknya dia melihat bilik berkenaan dalam keadaan kosong dan tingkapnya terbuka.

“Oleh sebab pintu tidak boleh dibuka, petugas hotel membukanya menggunakan kunci master. Apabila pintu terbuka, mereka melihat keadaan bilik kosong dan tingkap terbuka,” lapor sumber.

Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Selepas 10 minit, ibu bapa mangsa pulang semula ke bilik hotel mereka untuk mencari anaknya. Ketika disoal siasat, Okta dan Rizky berkata mereka tidak ada di bilik hotel kerana sedang sibuk berkaraoke di pusat karaoke yang disediakan di tingkat bawah hotel.

Pasangan itu menjelaskan bahawa mereka telah meninggalkan anaknya yang sedang tidur bersendirian tanpa mengunci tingkap. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca