Kanak-Kanak Ini ‘Kantoi’ Menyamar Jadi ‘Baby Shark’ Untuk Curi-Curi Keluar Rumah

Wabak pandemik COVID-19 telah memaksa hampir seluruh penduduk di dunia membataskan aktiviti di luar rumah. Keadaan yang berlaku menunjukkan betapa kroniknya virus yang menular ketika ini.

Sememangnya diakui, duduk di rumah dalam tempoh masa yang agak lama sangat membosankan jika tidak diisi dengan perkara dan aktiviti yang berfaedah. Malah, ada yang sanggup melanggar arahan pihak berkuasa kerana mahu berjalan-jalan di luar kerana sudah lelah duduk di rumah.

Lain pula yang berlaku di luar negara iaitu di Ponchatoula, Louisiana apabila seorang kanak-kanak dilaporkan menggunakan taktik penyamaran dengan menyarung kostum Baby Shark untuk bertemu dengan kawannya.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Jalen Feimster itu mengenakan kostum tersebut bagi mengaburi mata ibunya bernama Christine yang ketika itu berada di luar rumah mereka.

Menerusi satu perkongsian di akaun Facebook Christine, dia menulis, “sedang saya asyik melayari Facebook saya, saya tertarik dengan sebuah perkongsian gambar berkenaan seorang kanak-kanak di dalam kostum Baby Shark di kawasan kejiranan saya.”

Christine kemudiannya tersedar bahawa kanak-kanak tersebut adalah anaknya sendiri kerana kostum Baby Shark itu dimiliki oleh Jalen Feimster. Anak lelakinya itu selalu bertanya sama ada dia boleh bermain bersama kawannya atau tidak.

Namun, Christine sering kali melarangnya dan menjelaskan bahawa keadaan tidak selamat untuk bermain diluar.

Jalen Feimster memakai kostum tersebut dan berjalan di kejiranan rumahnya supaya dia boleh melihat kawannya dan melambaikan tangan kepada mereka.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama dengan cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca