Kanak-Kanak Ini Menjejaki Penulis Sebenar Botol Bersurat Berusia 50 Tahun Lalu Yang Ditemui Di Pesisiran Pantai

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki bernama Elliot yang berusia 9 tahun menemui sepucuk surat di dalam botol di sebuah pantai barat Eyre Peninsula, Sydney, Australia semasa dia memancing.

Surat itu ditulis dengan tulisan tangan dan terdapat nama syarikat Sitmar Line di bahagian atas surat yang bertarikh 17 November 1969.

Surat berkenaan dipercayai milik seorang lelaki Britain iaitu Paul Gilmore yang ketika itu berusia 13 tahun. Surat itu ditulis ketika beliau menaiki sebuah kapal yang sedang dalam perjalanan dari Fremantle ke Melbourne.

Kemudiannya, beliau mencampakkan botol berisi surat terbabit di Lautan Hindi dengan harapan untuk memperoleh kawan baharu. Gilmore turut meminta supaya penerima surat itu membalas suratnya pada alamat yang disertakan di dalam surat itu.

Elliott pada mulanya menggangap surat itu palsu. Namun, dengan rasa ingin tahu, pada keesokan harinya, dia membalas surat itu dan berjaya menemui pemilik surat berkenaan.

Namun, stesen penyiaran ABC melaporkan, Elliott perlu menunggu buat seketika untuk bertemu pemilik botol itu yang kini berusia 63 tahun kerana beliau sedang belayar di kawasan Baltik.

Artikel Lain Untuk Di Baca