Kanak-Kanak Ini Jadi Peluncur Termuda Di Dunia Pada Usia 1 Tahun

Peppa Schreiber bukan sahaja mengikuti jejak langkah kakak dan abangnya tetapi dia kini menjadi peluncur salji termuda di dunia.

Walaupun baru sahaja berusia setahun, anak bongsu kepada Carolin dan Patrick Schreiber ini langsung tidak takut dengan salji. Apa yang lebih menarik adalah Peppa menunjukkan aksi luar biasa dan gembira apabila melakukan aktiviti itu bersama keluarganya.

Carolin dan Patrick selalu membawa ketiga-tiga anak mereka iaitu Lumi, Martti dan Peppa ke Kartitsch, Tyrol, Austria untuk mengasah bakat kanak-kanak itu dalam aktiviti musim sejuk berkenaan.

Carolin yang mula meluncur ais ketika usianya memasuki dua tahun berkata, “Ketekunan adalah kunci dalam mengajar anak-anak bagaimana cara meluncur salji.

Kami sering berlatih, berlatih dan berlatih. Saya tidak nafikan bahawa bakat amat membantu dan ia merupakan faktor yang penting dalam pembelajaran mereka. Walau bagaimanapun, ia juga amat penting untuk memberikan motivasi kepada anak-anak.”

Sementara itu, pasangan dari Jerman tersebut juga mempunyai muslihat tersendiri untuk memastikan Lumi, Martti dan Peppa tidak bosan dengan sukan tersebut.

“Pada mulanya, kami membawa permainan dan anak patung bersama mereka. Kami juga biar mereka mengejar alat permainan yang dijatuhkan sepanjang cerun gunung itu.

Saya dan suami juga akan membawa snek dan gula-gula bersama kami untuk memastikan tahap motivasi mereka berada pada tahap tertinggi.

Namun, apa yang paling penting ialah ia perlu menjadi seronok tidak kira apa-apa yang kami lakukan untuk memastikan anak-anak kekal bermotivasi,” ujar wanita berusia 38 tahun itu.

Pada pendapat anda, adakah pendedahan kanak-kanak kepada aktiviti seperti ini merupakan satu tindakan yang wajar?

Untuk membaca lebih banyak artikel tentang kisah-kisah menarik berkaitan musim sejuk, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca