Kanak-Kanak Ini Gigit Ular Hingga Mati Selepas Dirinya Digigit

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun bertindak untuk menggigit seekor ular hingga mati apabila dirinya digigit oleh reptilia tersebut.

Kejadian ini berlaku ketika kanak-kanak perempuan itu bermain di taman rumah keluarganya yang terletak di Bingol, Turki.

Menurut laporan media, jiran terdengar jeritan dari kanak-kanak tersebut ketika ular itu sedang menyerangnya di halaman rumah.

Sumber: Mirror

Apabila jiran tiba di lokasi kejadian, mereka terkejut mendapati kanak-kanak itu mempunyai kesan gigitan di bibir dan seekor ular sepanjang 20 inci berada di antara giginya.

Akibatnya, reptilia itu mati dan kanak-kanak tersebut terus dibawa ke hospital yang berhampiran untuk merawat kecederaannya.

Selepas 24 jam di bawah pemerhatian doktor, dia berada dalam keadaan pulih dengan baik.

Sumber: Mirror

Mehmet Ercan iaitu bapa kepada kanak-kanak itu menyatakan dia sedang bekerja apabila anak perempuannya dipatuk ular.

Mehmet meluahkan rasa syukur kepada tuhan kerana melindungi anaknya.

Di Turki, kira-kira 550 kes gigitan ular dilaporkan dalam tempoh 9 tahun iaitu antara tahun 1995 hingga 2004.

Menurut Pusat Maklumat Racun Negara (NPIC) kebanyakan kejadian ini berlaku di wilayah Marmara dan Central Anatolia.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca