Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Akibat Terkena Kipas Siling

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun menemui ajal selepas parah gara-gara terkena kipas siling.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya iaitu Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, ketika insiden itu berlaku, mangsa dilambung oleh saudaranya sewaktu sedang bermain di rumah mangsa pada Isnin lepas.

Susulan kejadian itu, mangsa segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Pihak hospital kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

“Hasil bedah siasat mendapati kematian berpunca akibat parah di kepala kerana hentakan trauma objek tumpul.”

“Polis juga melakukan siasatan di rumah mangsa yang terletak di Tasik Tambahan Ampang,” tambahnya lagi.

Saudara mangsa yang berusia 25 tahun telah ditahan pihak polis untuk membantu siasatan.

“Dia direman sehingga 25 Jun. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca