Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Ini Maut Dirogol Dan Dibunuh 2 Beradik Lelaki

Dua orang adik-beradik lelaki yang masing-masing berusia 12 dan 15 tahun dituduh merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 6 tahun selepas mayatnya ditemui dibuang bagi melupuskan bukti.

Mangsa yang merupakan pelajar tahun pertama sebuah sekolah rendah di Uttar Pradesh didapati hilang pada waktu tengah hari ketika bermain berhampiran rumah tertuduh.

Kemudiannya, polis dan anggota keluarga menjalankan gerakan mencari besar-besaran apabila kanak-kanak malang itu tidak pulang ke rumahnya di daerah Lakhimpur Kheri.

Pegawai polis dari Balai Phoolbehad, Shyam Narain Singh berkata, misi mencari yang dijalankan sepanjang malam akhirnya membawa kepada penemuan mayat mangsa dalam jarak 600 meter dari rumah tertuduh.

Beliau berkata, kedua-dua tertuduh mengaku mengumpan mangsa menggunakan gula-gula dan menyerang mangsa secara seksual.

Ibu tertuduh yang bekerja sebagai buruh turut terbabit dalam kes ini apabila cuba menyembunyikan mayat kanak-kanak berkenaan setelah dia mendapati kedua anaknya itu mencekik mangsa sehingga mati.

Mereka didakwa dengan kesalahan membunuh dan menyembunyikan bukti. Malah, dua remaja berkenaan juga didakwa di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Jenayah Seksual.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca