Kanak-Kanak 8 Tahun Ini Larikan Kereta Ibu Dan Memandu Di Lebuh Raya

Seorang budak lelaki di Berlin yang berusia 8 tahun mencuri kereta Volkswagen ibunya dan memandu dengan kelajuan 140 kilometer sejam di lebuh raya sebelum ditemui di kawasan hentian.

Keretanya diparkir di hentian itu dengan lampu kecemasan dinyalakan malah turut meletakkan segi tiga amaran di belakang kenderaan itu. Budak itu menghentikan kenderaannya kerana rasa tidak sihat selepas memandu lapan kilometer dan ditemui sekitar jam 1.15 pagi.

Ketika ditemui kanak-kanak itu memberitahu polis Soest, “Saya cuma mahu memandu sekejap” sebelum terus menangis.

Sebelum itu, ibunya menghubungi polis pada jam 12.25 pagi memaklumkan anaknya melarikan kereta VW Golf berkenaan.

Menurut laporan The Guardian, kanak-kanak itu biasa bermain go-kart dan kereta langgar malah pernah memandu kereta di dalam kawasan rumah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca