Kampung Di Kemboja Ini Guna Patung Orang-Orang Halau COVID-19

Sekiranya patung di kawasan sawah padi ataupun lebih dikenali sebagai orang-orang digunakan untuk menakutkan burung yang selalu makan atau merosakkan hasil padi penduduk tempatan di Malaysia, ia mempunyai tujuan yang berbeza di Kemboja.

Orang-orang versi Kemboja yang lebih dikenali sebagai Ting Mong ini ditempatkan di hadapan rumah untuk melindungi keluarga daripada penyakit atau karma buruk.

Untuk pengetahuan anda, patung ini sering dibina oleh masyarakat kawasan luar bandar. Hal ini demikian kerana agama dan ikatan kepada tradisi telah menjadi akar kepada kepercayaan di sana.

Namun, apa yang lebih menarik adalah ia kelihatan seperti satu pertandingan antara penduduk-penduduk di sana apabila banyak rumah di kawasan berkenaan menampilkan orang-orang berbeza.

Sumber: The Vocket
Sumber: The Vocket
Sumber: The Vocket

Bukan sahaja Ting Mong digunakan untuk menipu roh-roh jahat, ia turut menjadi cerminan budaya yang ada di sana. Hal ini demikian kerana ia menunjukkan satu sisi kreativiti masyarakat Kemboja.

Sementara itu, Ting Mong difahamkan tidak lagi digunakan untuk tujuan kepercayaan sahaja bagi menghalau roh jahat tetapi ia turut digunakan untuk menghalau COVID-19 yang melanda negara berkenaan.

Sebahagian daripada patung berkenaan memakai pelitup muka dengan kaca mata hitam. Ada juga yang kelihatan memakai pakaian ‘Louis Vuitton’ ataupun kasut Nike.

Untuk membaca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca