“Kami Sangat Takut Dan Marah,” Kes Jangkitan COVID-19 Di Pusat Jagaan Warga Emas New York Semakin Luar Kawalan

Umum sudah tahu, Amerika Syarikat merupakan negara yang berada di tempat pertama dalam kes aktif COVID-19 paling tinggi.

Dilaporkan, kes jangkitan COVID-19 di pusat penjagaan kesihatan dan warga emas di negeri New York kini di luar kawalan.

Menurut Gabenor New York Andrew Cuomo, setelah kawasan itu menjadi pusat penularan terkini COVID-19, warga emas dan penghuni kemudahan itu kini berisiko tinggi.

Menurut laporan Awani, lebih 2,700 penghuni rumah jagaan kesihatan dan warga emas di sini meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Malah, angka tersebut dikatakan mengatasi kadar korban di beberapa negeri lain.

“Orang ramai sangat kecewa. Kami sangat khuatir, takut dan marah. Kita tidak pernah melalui situasi ini sebelum ini.

Ia adalah pengalaman yang sangat buruk di setiap peringkat. Ia menjadikan kita tiada arah dan mengancam jiwa kita.

Ia jadikan kita imbas balik kehidupan kita. Ia adalah sangat sukar, secara mental dan emosi.

Dari segi ekonomi, ia sangat buruk. Pasaran saham juga menurun dan dana pencen anda juga menurun. Anda tiada gaji. Ini adalah masa yang sangat sukar.” Kata Cuomo.

Tambahan lagi, pada hari Jumaat yang lalu angka korban di New York dikatakan telah menurun pada paras bawah 550. Ia adalah kali pertama angka berkenaan berada di paras tersebut dalam tempoh dua minggu. Juga difahamkan, kadar kemasukan ke hospital juga menurun.

Untuk rekod Amerika Syarikat mencatatkan 738,913 kes positif dan 39,015 angka korban akibat pandemik COVID-19.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca