Pada 31 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan 18 daripada 19 tertuduh dalam kes kematian yang membabitkan penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) iaitu Zulfarhan Osman Zulkarnain untuk membela diri.
Bapa kepada Zulfarhan Osman dilihat melakukan sujud syukur di luar kamar sebaik sahaja hakim membuat keputusan itu. Rata-rata warganet turut meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar kematian arwah akan mendapat pembelaan yang sepatutnya.
Dalam pada itu, adik kepada Zulfarhan iaitu Zulfaiqah Lyana turut berkongsi cerita di laman Twitternya mengenai bagaimana ibunya dahulu pernah berasa berat hati untuk melepaskan abangnya itu untuk pergi belajar di UPNM.
“Arwah abang pernah bermasam muka dengan ibu gara-gara ibu tidak benarkan dia untuk masuk UPNM namun dia tetap berdegil. Sekarang anda sendiri dapat lihat, kami hantar dia dalam keadaan bernyawa tapi apa yang kami dapat balik cuma jasad yang kaku,” coret Zulfaiqah.
https://twitter.com/faiqahlyana/status/1156921872258195456
Perkongsian itu mendapat lebih 20,000 ulang kicau dan 11,000 tanda suka. Rata-rata warga Twitter turut memberikan kata-kata semangat buat Zulfaiqah.
Sama-sama kita doakan agar keluarga mangsa mendapat pembelaan sewajarnya dan keadilan. Saya percaya, lebih ramai yang mendoakan, maka mudah-mudahan lebih banyak urusan yang dapat dipermudahkan.
— NARUTONG (@jedi_of) August 2, 2019
πππ InshaAllah you late brother akan dapat full keadilan. That warden,tokbomoh dan yg bapaknya suruh ugut bagi kenyataan salah tu i harap mahkamah bukak kes baru. Jgn bagi diorang terlepas.
— Yun π§π»ββοΈ (@iezninayun_) August 2, 2019
Be strong sis β¨ family i majority askar & polis tapi takda pulak nak buli orang baru apatah lagi buat anak orang sampai mati. Mereka ni kena buat sesi simulasi kot baru sedar sikit eee suka hati nak buat anak orang
— NINA (@syzlnaaaa) August 2, 2019
Alfatihah utk arwah. Dulu pun mak berat hati nk bagi sy masuk dkt matrikulasi, sy ckp tak apa sbb saya suka..last-last rupanya ada benda buruk nk jadi kt saya. Naluri ibu kadang kadang kuat sangat. Em, harap awak sekeluarga, Allah bantu selalu.
— ArmyΓ loneliness Fairy (@SugaFriend) August 2, 2019
Ternyata, naluri insan bernama ibu itu betul. Apa-apa pun, semoga seluruh keluarga Allahyarham Zulfarhan kuat mengharungi segala ujian Allah SWT. Seluruh team Lejen Press Digital mendoakan agar kematian arwah terbela dan semua yang terlibat akan dapat pembalasan yang setimpal.