“Kami Belanja Ikut Kemampuan,” Menteri Belia Dan Sukan Perjelas Isu Potong Bajet

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak pernah terlintas untuk menganiaya atlet negara dengan melaksanakan pemotongan bajet terhadap atlet dan penyusunan semula elaun mereka.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan bahawa KBS sentiasa mencari jalan yang terbaik bagi membantu semua atlet dengan mengikut kesesuaian kemampuan kewangan yang ada.

Selain itu, menurut beliau KBS cuba bertindak sebagai ‘ibu bapa’ yang bertanggungjawab terhadap para atlet.

“Kami (KBS) bukan ‘bapa tiri’, bukan ‘emak tiri’, kami cuba bertindak sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, berbelanja mengikut kemampuan kerana sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita perlu meletakkan keutamaan kepada perkara-perkara yang lebih utama.”

“Kami cuba lakukan yang terbaik. Cuba anda bayangkan agak-agaknya saya sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru lima bulan berkhidmat, mustahil saya nak tengok atlet tiba-tiba tak ada elaun. Kalau boleh saya nak tambah lagi elaun,” kata beliau.

Tambahan pula, beliau berharap agar rakyat Malaysia memahami keadaan kekangan yang dihadapi dan tidak mengecam tindakan yang diambil kementerian.

Selain pemotongan elaun, Majlis Sukan Negara (MSN) terpaksa menggugurkan 144 atlet daripada program latihan kebangsaan kerana bajet yang diterima telah dikurangkan untuk membantu usaha kerajaan dalam memberi keutamaan kepada pasca COVID-19 dan bencana banjir yang telah melanda beberapa negeri.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca