“Kami Baru Sahaja Berkahwin”, Lelaki Ini Sebak Isteri Maut Dalam Kemalangan

“Sudah tentu saya sedih kerana kami baharu saja melangsungkan pernikahan Sabtu lepas.” Demikian luahan suami mangsa maut di Tapah, Azman Syah Gusti.

Isterinya Salwati Yaakob, 28, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di KM317 Lebuh Raya Utara Selatan, malam tadi.

Azman Shah, 28, juruteknik di Setapak, Kuala Lumpur berkata ketika kejadian dia dan isteri bersama seorang lagi rakan wanita isterinya dalam perjalanan dari Kuala Kedah, Kedah untuk pulang ke Kuala Lumpur.

“Kami melangsungkan majlis perkahwinan hujung minggu lalu di kampung halaman isteri, Kuala Kedah dan sepatutnya majlis persandingan pihak keluarga lelaki diadakan di Sungai Buloh, Selangor pada 24 November ini.

“Saya reda walaupun sedih dengan kepergiannya,” katanya ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Tapah di sini, hari ini.

Ibu Salwati, Zaimah Hamim, 46, berkata anak sulung daripada tujuh beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum mangsa dan suaminya bertolak dari Kuala Kedah kira-kira 6 petang semalam.

“Makcik berborak seperti biasa dengan arwah sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur, tak nampak apa-apa perubahan pun,” katanya memaklumkan anak perempuannya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta.

Ketua Polis Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan pada 11.15 malam telah melibatkan empat lori, kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero, Perodua Myvi dan Axia serta Honda Accord.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori muatan kertas yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur hilang kawalan dan melanggar belakang kenderaan Perodua Axia dan menyebabkan pelanggaran antara kenderaan yang lain.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca