“Kami Akan Dedahkan Semua Jenayah Anda,” Kumpulan Anonymous Akhirnya Munculkan Diri

Masyarakat di seluruh dunia masih lagi hangat memperjuangkan tentang pemergian George Floyd akibat keganasan polis. Hal ini, telah membuatkan ramai orang-orang ternama menampilkan diri untuk menuntut keadilan kepada mendiang.

Lebih memeranjatkan lagi, baru-baru ini muncul satu video daripada kumpulan Anonymous yang dikenali orang ramai suatu masa dahulu kerana berjaya mengodam rahsia negara dan kumpulan Ku Klux Klan (KKK). Malah, kumpulan itu langsung tidak dapat didedahkan identiti mereka oleh kerajaan meskipun pelbagai usaha dilakukan.

Di dalam video tersebut, mereka tujukan ia kepada Jabatan polis di Minneapolis yang bertanggungjawab ke atas pemergian Floyd.

“Masalah keganasan polis sudah lama meluas, dan kami percaya jabatan polis Minneapolis adalah antara yang paling teruk dan mempunyai rekod panjang dalam korupsi dan keganasan.

Kes pemergian George Floyd pada minggu ini yang mencetuskan protes dan kemarahan, hanyalah sebahagian kecil daripada masalah yang besar.

Malah, dalam jangka masa 2 dekad, 193 kes korban akibat polis di Minneapolis telah dicatatkan,” ujar Anonymous itu.

Individu itu kemudian mendedahkan nama-nama mereka yang terkorban dalam kes ini seperti, Jamar Clark, Philando Castile, Justin Damond, Thurman Blevins, dan Brian Quinones.

Menurut individu itu, nama-nama itu sahaja yang mendapat tarikan orang ramai dan menerima pendedahan di berita berbanding yang lain.

“Pegawai polis yang meragut nyawa manusia lain perlu bertangunggjawab di atas kesalahan mereka sendiri seperti rakyat biasa.

Jika tidak, mereka akan berasa mereka mempunyai lesen untuk lakukan apa sahaja,” ujarnya lagi.

Beliau juga mendakwa rakyat sudah jemu dengan korupsi dan keganasan daripada mereka yang sepatutnya melindungi masyarakat. Malah, disebabkan beberapa insiden yang berlaku pada tahun-tahun lalu, ramai mula sedar yang kewujudan mereka itu bukan untuk melindungi sebaliknya untuk menindas.

“Dunia akhirnya nampak tentang perkara ini, dan rakyat semakin marah melihat tumpahnya darah manusia tidak bersalah tanpa sebarang keadilan.

Pegawai ini perlu menghadapi pertuduhan jenayah dan pegawai Chavin terutamanya perlu dituduh atas jenayah meragut nyawa.

Malangnya, kami tidak percaya akan organisasi korupsi ini untuk menuntut keadilan.

Jadi kami akan dedahkan semua jenayah yang anda lakukan kepada dunia.

We are legion, expect us,” kata-kata terakhir mereka sebelum video itu tamat.

Susulan tularnya video ini, Anonymous mula trending di Twitter apabila ia hangat dibicarakan oleh warganet yang terkejut melihat kumpulan itu memunculkan diri setelah sekian lama berdiam diri.

Untuk membaca artikel lain berkaitan protes, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca