Kambing Kat Kubur? Ini Salah Satu Daripada Puluhan Menu Menarik Di Restoran Astana Putra UPM Serdang

Menu dengan nama unik ini merupakan salah satu menu signature di Restoran Astana Putra UPM Serdang yang setiap hari menjadi pilihan ramai pengunjung yang bertandang ke restoran ini.

Kambing Kat Kubur, menu luar biasa yang hanya boleh didapati di Restoran Astana Putra UPM Serdang.

Untuk pengetahuan anda, Kambing Kat Kubur ini diilhamkan sejak pemilik Restoran Astana Putra UPM Serdang iaitu Bang Jamil mula meniaga di sebuah warung yang terletak berdekatan dengan tanah perkuburan.

Sebelum adanya Astana Putra, Bang Jamil berniaga di sebuah warung yang bernama Nasi Kambing Kat Kubur di Masjid Tanah, Melaka.

Dalam penghasilan masakan ini, Bang Jamil duduk melihatkan batu nisan kubur-kubur di sana memikirkan legasi apa yang beliau mampu berikan kepada anak-anaknya.

Kemudian Bang Jamil solat di surau berdekatan dan dari situlah beliau terdetik untuk menghasilkan menu yang cukup istimewa ini. Hidangan tersebut dinamakan Kambing Kat Kubur memandangkan gerainya yang pada masa itu terletak bersebelahan dengan tanah perkuburan.

Diperbuat daripada rempah-ratus tradisi Melayu hasil kreativiti Bang Jamil sendiri, rasa Kambing Kat Kubur tidak akan dapat anda temui di mana-mana lagi selain di Restoran Astana Putra UPM Serdang.

Kambing Kat Kubur, yang diperkaya dengan rempah ratus Melayu.

Bak kata Bang Jamil, ada sesetengah pelanggan yang menganggap hidangan berkenaan mempunyai rasa rendang. Ada juga yang berpendapat bahawa masakan ini rasanya seperti kuzi kambing.

Yang pasti, Kambing Kat Kubur mempunyai rasa luar biasa yang secara sengaja Bang Jamil ciptakan untuk anda tafsir sendiri rasa hidangan istimewa ini.

Dibuka sejak Julai 2019, Restoran Astana Putra UPM Serdang bukan sahaja menyajikan anda Kambing Kat Kubur, malah terdapat pelbagai jenis menu dan hidangan lain yang pastinya amat enak dan sedap-sedap belaka.

Mengetengahkan ciri open concept, Restoran Astana Putra sudah semestinya pilihan ideal bagi sesiapa yang sukakan suasana yang santai.

Suasana yang luas di Astana Putra memang sesuai untuk pelbagai jenis majlis keramaian.

Selain dapat menikmati udara segar, restoran ini turut dihiasi dengan tanaman yang cukup indah dan luas di sekelilingnya untuk pengalaman menjamu selera terbaik bersama keluarga mahupun mengadakan majlis keramaian.

Open concept style yang diketengahkan di Astana Putra UPM Serdang.

Bagi anda yang biasa dengan kesesakan di Lembah Klang, pengalaman untuk mencari tempak letak kereta pasti tetap memeningkan tiap kalinya. Namun, di Restoran Astana Putra UPM Serdang, anda tidak perlu risau lagi tentang di mana nak letak kereta kerana ruang parkir ada disediakan dan cukup untuk memuatkan kenderaan yang banyak.

Tempat parkir kereta yang berhadapan dengan Astana Putra UPM Serdang.

Restoran ini juga menyediakan kemudahan seperti surau dan mesra orang kurang upaya (OKU).

Surau disediakan di restoran Astana Putra UPM Serdang.
Jalan masuk Astana Putra UPM Serdang.

Menariknya di Astana Putra, persembahan busker turut diadakan pada waktu malam pada setiap hari Selasa hingga Ahad dari 8.30 pagi hingga 12 malam.

Semasa anda menikmati nyanyian dengan iringan muzik busker di sini, anda turut berpeluang untuk meminta lagu kegemaran anda didendangkan oleh mereka. Santai-santai gitu.

Pastinya amat sesuai untuk majlis keraian bersama sahabat handai atau keluarga seperti sambutan ulang tahun hari lahir, jamuan perpisahan rakan sepejabat, anniversary dan sebagainya.

Lilie & Friend, kumpulan buskers yang terunggul di Astana Putra UPM Serdang.

Pasti anda tidak sabar untuk tahu menu apa yang ada di Astana Putra selain Kambing Kat Kubur bukan?

Berikut kami kongsikan lagi menu-menu yang ada di Restoran Astana Putra UPM Serdang:

Menu siang

Satu lagi hidangan yang patut anda cuba di Astana Putra adalah Mee Bandung Bando Muar. Memang lain daripada mi bandung di kedai makan lain sebab Mee Bandung di sini memang original resepi Muar.

Mee Bandung Udang Galah, lengkap dengan udang geragau resepi original dari Muar.

Apabila anda makan hidangan ini, anda akan mendapati rasa udang kering yang sungguh mengasyikkan.

Bang Jamil dapat resepi Mee Bandung daripada pengalaman kerja beliau di sebuah kedai makan yang terkenal dengan mi bandung Muar semasa zaman kanak-kanak dahulu.

Mee Bandung resepi original Bando Muar.

Bukan itu sahaja, Mee Bandung boleh dipilih dari pelbagai jenis makanan laut. Yang pastinya, semua segar-segar.

  • Biasa (Telur + Sayur) – RM8
  • Daging – RM10.90
  • Kupang – RM10.90
  • Tulang – RM15
  • Udang – RM19
  • Sotong – RM22
  • Udang galah – ikut harga pasaran
  • Ketam – ikut harga pasaran

Kelainan hidangan di Astana Putra UPM Serdang termasuk Nasi Kahwin-Kahwin di mana anda boleh dapat dua jenis hidangan nasi dalam satu sajian.

Nasi Kahwin-Kahwin – RM13.90/set

Nasi Kahwin-Kahwin bersama Ayam Madu yang sungguh lazat hanya boleh didapati di Astana Putra UPM Serdang.

Hidangan nasi yang anda boleh pilih terdiri daripada

  • Nasi Abang Jamil

Seperti Kambing Kat Kubur, Nasi Abang Jamil juga diciptakan untuk membuatkan anda tafsir sendiri rasa masakan tersebut. Sungguh unik. Rasanya seakan nasi minyak namun ada kalanya ia rasa seperti nasi beriyani.

  • Nasi Tomato Mamu
  • Nasi Lemak Pandan
  • Nasi Ayam Mutiara
Nasi Kahwin-Kahwin (Nasi Abang Jamil + Nasi Tomato Mamu) diserikan lagi dengan Ayam Bebayang Bawang.

Yang istimewanya Nasi Kahwin-Kahwin ini, semua jenis nasi menggunakan beras basmathi di mana Bang Jamil kata, “Nasi dari beras panjang-panjang dan badarai!”

Langkah kedua anda perlu buat selepas memilih 2 jenis Nasi Kahwin adalah memilih masakan ayam pula.

Pilihan yang ada:

Ayam Bebayang Bawang

Ia merupakan hidangan signature di mana ia dihasilkan khas dengan resepi ayam bawang Pulau Pinang. Sesiapa yang merindukan negeri pulau mutiara itu pasti akan terubat kerinduannya apabila makan Ayam Bebayang Bawang. Dengan rasa berempahnya, memang kaw dan anda akan nak tambah dan tambah lagi.

Ayam Goreng Kak Tipah

“Di luar garing, di dalam basah.” Itulah yang dikatakan oleh Bang Jamil tentang Ayam Goreng Kak Tipah. Hidangan ini unik di mana ia digoreng dengan teknik masakan yang lain daripada ayam goreng lain.

Apabila minyak sudah panas, api ditutup dan barulah Ayam Goreng Kak Tipah digoreng. Sekali anda makan, memang terasa ayam dia sebab ia digoreng begitu sahaja tanpa sebarang rempah.

  • Ayam Panggang Madu
  • Ayam Bakar Orang Lame-Lame

Diperkayakan dengan rempah ratus tradisi Melayu, Ayam Bakar Orang Lame-Lame ternyata berbeza dari yang lain di mana Bang Jamil menerapkan resepi generasi terdahulu dalam masakan.

Cukup klasik, ayam bakar yang dipanggang sempurna ini akan memberikan anda aura nostalgia.

  • Ayam Percik Orang Pasir Mah

Set Nasi Daun Pisang

Kepada peminat nasi daun pisang, Astana Putra pun ada menyediakan Set Nasi Daun Pisang yang tentunya sedap-sedap belaka.

  • Set Nasi Putih Putih Daging Salai Jolobu + Sayur Goreng – RM13.90
  • Set Nasi Puteh Keli Salai – RM10.90
  • Set Nasi Puteh Bawal Goreng + Kari Mamu – RM15.90
  • Set Nasi Puteh Asam Pedas Tetel + Telur Masin & Sambal Belacan – RM15.50

Selain itu, kalau anda hanya gemarkan satu jenis nasi untuk dimakan bersama-sama dengan masakan istimewa Bang Jamil, restoran ini juga menyediakan Set Nasi Abang Jamil, Set Bujang Solo dan Set Nasi Lemak Pandan.

Set Nasi Abang Jamil

  • Ayam Goreng Kak Tipah + Udang Cili – RM18.90
  • Ayam Bebayang Bawang – RM13
  • Ayam Bakar Orang Lame-Lame – RM13
  • Bapak Mertuaku – RM13

Bapak Mertuaku menyajikan anda set lengkap termasuk Ayam Goreng Kak Tipah, Nasi Abang Jamil serta dalca dan sambal.

  • Kambing Kat Kubur – RM23.90
  • Lamb Shank Kat Kubur – RM37.90
Lamb Shank Kat Kubur, kuahnya yang begitu istimewa. Boleh dihirup begitu sahaja.

Sama seperti Kambing Kat Kubur, hidangan ini sebaliknya menghidangkan bahagian peha kambing atau lebih dikenali sebagai lamb shank.

Lamb Shank Kat Kubur ini memang sesuai bagi penggemar lamb shank.

Set Bujang Solo

  • Nasi Tomato “Mami Manja” – RM11.90
  • Nasi Ayam Mutiara – RM10.90

Tekstur Nasi Ayam Mutiara seakan Nasi Abang Jamil dan dihidangkan bersama kicap kukus yang diolah khas oleh Bang Jamil sendiri. Memang lain daripada nasi ayam di tempat lain.

  • Nasi Ayam Penyet “Enak Bangat” – RM11.90
  • Nasi Pecel Lele – RM11.90

Set Nasi Lemak Pandan

  • Nasi Lemak “Ani Bini Si Jamil” – RM11.90

Nasi lemak pandan yang diperbuat daripada beras basmathi ini disajikan sekali dengan hidangan ayam pilihan anda. Sama ada anda inginkan kehangatan ayam bakar ataupun kerangupan ayam goreng Kak Tipah.

  • Nasi Lemak Ayam Mamak – RM11.90
  • Nasi Lemak Sambal Sotong – RM11.90

Selain hidangan nasi berlauk, Astana Putra juga menyajikan anda banyak lagi variasi hidangan yang boleh dipilih.

  • Nasi Goreng “Cina Malaya” + telur mata – RM8.90
  • Nasi Goreng Kampung Tenai + telur mata – RM8.90
  • Nasi Goreng Astana + ayam goreng pedas – RM10.90
  • Nasi Bator Chicken – RM13.90

Nasi Bator Chicken adalah satu lagi hidangan yang wajib anda cuba terutamanya yang gemarkan lauk buttermilk yang trending pada masakini.

  • Nasi Goreng Biniku Mana – RM17.50
Nasi Goreng Biniku Mana yang sesuai untuk penggemar gearbox di luar sana.

Nasi Abang Jamil yang dijadikan nasi goreng dan disajikan bersama Gearbox kambing yang dimasak pedas lengkap dengan telur mata.

Siapa yang selalu suka sedut tulang sum-sum kambing wajib cuba hidangan ini!

  • Nasi Ayam Bercanda – RM11.90
Nasi Ayam Bercanda yang cukup istimewa dengan kuah kicap Royale yang dikukus.

Hidangan ini cukup memukau dengan ayam kicap yang berempah. Cukup untuk membuatkan ia bercanda-canda di dalam mulut anda.

Kepada anda yang gemar hidangan kuetiau, restoran ini juga ada menyediakan Ipoh Kuey Teow yang mampu membawa anda ke Ipoh selepas suapan pertama.

  • Kerang – RM8.90
  • Udang – RM10.90

Juadah seperti mi, bihun dan kuetiau juga terdapat dalam 2 jenis hidangan goreng iaitu:

  • Goreng Mamak – RM8
  • Goreng Biasa – RM7

Apa yang membuatkan restoran ini unik, ia menghidangkan juga Mee Raja yang berasaskan mi wantan yang digoreng ala masakan Cina Muslim. Ia dilengkapi dengan udang yang segar dan bersaiz besar. Memang berbaloi.

  • Mee Raja – RM14.50
Mee Raja, mi wantan yang digoreng ala masakan Cina Muslim.

Mengidam makanan barat? Anda juga boleh mendapatkan hidangan barat persis hotel 5 bintang di Astana Putra.

  • Grilled Chicken Chop – RM16.90
Chicken Chop, hidangan barat yang sungguh mengasyikkan di Astana Putra UPM Serdang.
  • Breaded Chicken Chop – RM16.90
  • Beef Steak – RM29
Beef Steak, sesuai untuk meat lovers di luar sana.
  • Grilled Lamb Chop – RM35

Bang Jamil juga menyajikan hidangan barat bersama nasi goreng bagi anda yang mempunyai selera asia tapi menginginkan kelainan.

Dihidangkan bersama nasi goreng

  • Grilled Chicken Chop – RM19.90
  • Breaded Chicken Chop – RM19.90
  • Beef Steak – RM32
  • Grilled Lamb Chop – RM38

Di samping itu, anda juga boleh menikmati minum petang anda dengan Santai Petang. Sambil-sambil bersantai di Astana Putra pada waktu petang, bolehlah makan cemil-cemilan yang terdiri daripada:

  • Set Cucur Udang + Tauhu – RM6
  • Set Tauhu Bakar – RM6
  • Roti Bakar + Kuah Kambing Kat Kubur – RM6
  • Roti Canai (2 keping) + Kuah Kambing Kat Kubur – RM7.90
  • Karipap “Jiin Toncet” – RM8.60
  • Ubi Kayu (goreng kunyit + sambal) – RM6.90
  • Keropok Lekor – RM6.50
  • Pulut Mangga – RM8.50

Sekiranya anda datang ke restoran ini pada waktu malam, terdapat banyak lagi menu tambahan yang memikat hati sesiapa sahaja yang datang ke sini.

Menu tambahan termasuk:

Pasta & Snacks

  • Spaghetti Bolognese – RM13.90
  • Spaghetti Aglio Olio (with prawns) – RM19.90
  • Astana Burger – RM12.90
  • Mushroom Soup & Garlic Bread – RM8
  • French Fries – RM9
  • Meatballs with Homemade Sauce – RM9.90 (tambah Cheesy Sauce & cheese +RM3)
Meatballs with Homemade Sauce, hidangan barat yang wajib cuba di Restoran Astana Putra UPM Serdang.

Menu ini sangatlah sesuai bagi anda yang gemarkan hidangan bebola daging. Rasa Homemade Sauce itu sendiri memang lain dari yang lain sebab ia resepi Bang Jamil sendiri. Tiada perisa tambahan dan cukup autentik.

Bila anda makan Meatballs with Homemade Sauce, memang setiap suapan cair dalam mulut. Puas!

  • Cheesy Nachos – RM10
  • Chicken Popcorn – RM10

Jika anda berkunjung ke Astana Putra bersama anak anda, restoran ini juga menyediakan hidangan khas buat si manja.

Kids’ Menu

  • Astana Basket (Spaghetti + Popcorn Chicken + Fries + Boxed Drink) – RM15

Hidangan mi, bihun dan kuetiau juga disediakan lagi dengan beraneka macam masakan yang mengasyikkan pada malam hari.

  • Goreng Mamak – RM8
  • Kung Fu – RM8
  • Hailam – RM8
  • Bihun Singapore – RM8
  • Tomyam – RM9.90

Kedinginan malam tidak lengkap kalau tiada sup yang menghangatkan selera anda di malam hari.

  • Sup Tulang Rawan – RM14.90
  • Sup Tulang – RM14.90
  • Sup Ekor – RM16.90

Seafood Longgok – RM159

Kepada anda yang sukakan makanan laut, Seafood Longgok merupakan set yang perlu dicuba apabila berkunjung ke Astana Putra UPM Serdang.

Seafood Longgok ini sesuai untuk dimakan seramai 4-5 orang. Hidangan ala shellout ini terdiri daripada pelbagai jenis makanan laut segar seperti ikan siakap, lala, kupang, udang, sotong, ketam dan lain-lain.

Anda boleh pilih 2 jenis sos untuk satu hidangan:

  • Original sambal
  • Buttermilk
  • Kam Heong
  • 3 Rasa
  • Black Pepper

Anda juga diberi pilihan nasi:

  • Nasi Putih
  • Nasi Abang Jamil
  • Nasi Lemak

Lengkap sekali dengan satu jag Sirap Selasih Nirwana, anda juga diberikan pilihan masakan ikan seperti berikut:

  • 3 Rasa
  • Steam Royale
Patin Stim Royale memang autentik seakan masakan di restoran Cina.

Lauk Steam Royale ini antara sajian istimewa di mana rasanya seperti ikan stim Cina yang autentik. Bang Jamil mempelajari resepi masakan ini daripada bekas rakan sekerjanya sewaktu beliau bertugas sebagai cef perhotelan ketika itu.

  • Masam Manis

Selain itu, boleh juga menambah hidangan sampingan yang lain:

  • Daging Harimau Menangis – RM25
  • Butter Prawn – RM48

Astana Fusion

Sekiranya anda lebih gemari lauk makanan laut yang pelbagai, Astana Fusion adalah pilihan yang tepat.

Astana Fusion terdiri daripada:

  • Udang Butter
  • Sotong Masak Kam Heong
  • Kupang Berlada
  • Siakap 3 Rasa
  • Volcano Mixed Vege
  • Nasi putih x10
  • Tomyam x1
  • 1 jag Air Sirap Selasih

Selera Pahang

Apa yang membuatkan Astana Putra istimewa adalah ia menyajikan anda juadah eksotik di mana lauknya terdiri daripada protein yang jarang anda dapat jumpa di tempat lain seperti belangkas, rusa dan landak.

Belangkas Masak Cili Padi, rasai keunikan hidangan belangkas di samping kepedasan masakan lemak cili padi.
Rusa Masak Lemak Cili Padi, hidangan eksotik yang cukup memuaskan.

Hidangan eksotik ini terdapat tiga pilihan masakan:

  • Masak Lemak Cili Padi
  • Gulai Kampung
  • Masak Kicap/Lada Hitam
  • Sambal

Satu hidangan terdiri daripada 200 gram jenis protein eksotik pilihan anda dan harga mengikut pasaran.

Tidak lupa juga, minuman di sini juga menyegarkan tekak anda selepas puas makan masakan Bang Jamil

  • Malim Demang Soda Herbs – RM7 (Gelas), RM19 (Jag)
Malim Demang Soda Herbs pasti akan menyegarkan hari anda.

Gabungan menyamankan antara pelbagai herba dan soda, minuman ini berasaskan serai yang diserikan lagi dengan daun pudina dan asam boi. Yang penting, Malim Demang Soda Herbs ini tidak mengandungi sebarang gula.

Bila diminum, anda akan rasa kemanisannya daripada sodanya sendiri.

  • Si Hitam Manis – RM6.50

Minuman yang dihasilkan daripada gabungan lemon, longan dan cincau. Sungguh menyegarkan.

Selain kepelbagaian menu dan minuman yang luar biasa, di perkarangan restoran ini juga terdapat sebuah kedai kopi bernama Laypark Koffie. Ia merupakan one-stop center untuk peminat kopi di luar sana. Laypark Koffie menyediakan anda kopi premium dari Itali yang dibancuh khas oleh barista profesional.

Laypark Koffie yang berada di perkarangan Astana Putra UPM Serdang.

Big Pillars

Selain itu, Astana Putra UPM Serdang juga menyediakan pakej perkahwinan yang lengkap dengan dewan, meja dan kerusi nikah, hiasan meja utama, PA system dan juga juadah katering yang terdiri daripada masakan Bang Jamil.

Pelbagai pakej yang boleh anda pilih iaitu Pakej Istana Putri dan Putri Mahligai bagi pakej perkahwinan yang boleh memuatkan 700 hingga 1000 orang.

Untuk maklumat lanjut tentang pakej perkahwinan, anda boleh klik di SINI.

Majlis Patuh SOP

Ada juga Pakej Majlis Ikut SOP di mana ia boleh memuatkan jumlah pax yang terhad dengan minima 100 orang untuk pelbagai majlis keramaian seperti majlis penganugerahan, majlis persaraan dan banyak lagi.

Pakej termasuk dengan bufet high-tea masakan Bang Jamil dan juga penyewaan dewan.

Anda boleh hubungi atau WhatsApp 012-9229 509 untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan Big Pillars dan Majlis Patuh SOP.

Jadi, jika anda inginkan kelainan dalam menjamu hidangan Malaysia, pastikan Restoran Astana Putra UPM Serdang berada dalam senarai wajib kunjung dan menjadi destinasi pilihan anda. Sekali anda cuba, pasti akan teringin untuk datang lagi ke sini.

Alamat: Jalan Maklumat, 43400 Serdang, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (10.30 pagi-12 tengah malam)

Facebook: www.facebook.com/astanaputraupm

Instagram: www.instagram.com/astanaputraupm

Artikel Lain Untuk Di Baca