Kambing Dan Betik Disahkan Positif Wabak, Presiden Tanzania Syak Ada Unsur Sabotaj

Peningkatan jumlah kes COVID-19 di seluruh Tanzania sejak kebelakangan ini telah membuatkan presiden negara itu meraguinya.

Negara di Afrika timur itu mencatat 480 kes koronavirus dengan 16 kematian setakat minggu lalu.

Susulan itu, John Magufuli mempersoalkan situasi tersebut dan meminta siasatan dilaksanakan kerana bimbang berlaku sabotaj.

Pihak pembangkang juga telah mengkritik situasi yang dialami negara itu dan menganggap kerajaan menyembunyikan data sebenar serta tidak mengambil serius tentang wabak tersebut.

Menambahkan rasa curiga presiden itu apabila ujian ke atas kambing, biri-biri dan betik turut disahkan positif COVID-19 selepas ujian dijalankan secara rambang ke atas sampel bukan manusia tetapi meletakkan nama manusia dan usia.

Sampel itu kemudiannya diserahkan ke makmal Tanzania untuk diuju virus berkenaan tanpa kakitangannya mengetahui sumber asalnya.

Hasilnya mendapati sampel betik dan kambing disahkan positif COVID-19 dan bagi presiden tersebut, ia menunjukkan ada kemungkinan penduduk negara itu yang juga diuji positif virus sebenarnya tidak dijangkiti.

Magufuli memaklumkan ada kemungkinan berlaku masalah teknikal ketika ujian menggunakan kit yang diimport itu.

Beliau juga telah mengarahkan supaya pasukan keselamatan Tanzania meneliti kualiti kit ujian berkenaan.

Pada Sabtu, Magufuli telah mengumumkan pihaknya telah membuat tempahan rawatan herba untuk koronavirus seperti mana yang ditawarkan presiden Madagascar.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan haiwan yang dijangkiti COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca