Kalendar Cuti Umum Malaysia 2020

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya dalam masa kurang dari 48 jam. Kemunculan tahun 2020 pastinya membuatkan anda berasa teruja untuk menyambut lembaran baharu. Pastinya, fikiran anda akan dihujani dengan impian dan azam baharu yang bakal menjadi pemangkin motivasi kehidupan sepanjang tahun 2020.

Selain azam, antara perkara yang mendapat perhatian ramai apabila menjelang tahun baharu adalah cuti umum. Berikut kami kongsikan senarai cuti umum Malaysia untuk tahun 2020:

1 Januari (Rabu) – Tahun Baharu (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu)

14 Januari (Selasa) – Hari Keputeraan YDPB Negeri Sembilan (Negeri Sembilan)

19 Januari (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah)

25 Januari (Sabtu) – Tahun Baharu Cina (Semua negeri)

26 Januari (Ahad) – Tahun Baharu Cina (Semua negeri)

27 Januari (Isnin) – Tahun Baharu Cina (Semua negeri kecuali Johor dan Kedah)

1 Februari (Sabtu) – Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)

8 Februari (Sabtu) – Hari Thaipusam (Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya dan Selangor)

4 Mac (Rabu) – Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu)

22 Mac (Ahad) – Israk dan Mikraj (Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu)

23 Mac (Isnin) – Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor)

23 Mac (Isnin) – Israk dan Mikraj (Negeri Sembilan dan Perlis)

10 April (Jumaat) – Good Friday (Sabah dan Sarawak)

15 April (Rabu) – Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandar Raya Bersejarah (Melaka)

24 April (Jumaat) – Awal Ramadan (Johor, Kedah dan Melaka)

26 April (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu)

26 April (Ahad) – Cuti Awal Ramadan (Johor dan Kedah)

1 Mei (Jumaat) – Hari Pekerja (Semua negeri)

3 Mei (Ahad) – Cuti Hari Pekerja (Johor dan Kedah)

7 Mei (Khamis) – Hari Wesak (Semua negeri)

10 Mei (Ahad) – Hari Nuzul Al-Quran (Semua negeri kecuali Johor,
Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak)

11 Mei (Isnin) – Cuti Nuzul Al-Quran (Kuala Lumpur, Labuan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Putrajaya dan Selangor)

24 Mei (Ahad) – Hari Raya Aidilfitri (Semua negeri)

25 Mei (Isnin) – Hari Raya Aidilfitri (Semua negeri)

26 Mei (Selasa) – Cuti Hari Raya Aidilfitri (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu)

30 Mei (Sabtu) – Pesta Kaamatan (Labuan dan Sabah)

31 Mei (Ahad) – Pesta Kaamatan (Labuan dan Sabah)

1 Jun (Isnin) – Hari Gawai (Sarawak)

1 Jun (Isnin) – Pesta Kaamatan (Labuan dan Sabah)

2 Jun (Selasa) – Hari Gawai (Sarawak)

6 Jun (Sabtu) – Hari Keputeraan YDP Agong (Semua negeri)

7 Jun (Ahad) – Cuti Hari Keputeraan YDP Agong (Kelantan dan Terengganu)

7 Julai (Selasa) – Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)

11 Julai (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)

17 Julai (Jumaat) – Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis)

22 Julai (Rabu) – Hari Sarawak (Sarawak)

30 Julai (Khamis) – Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang)

30 Julai (Khamis) – Hari Arafah (Terengganu)

31 Julai (Jumaat) – Hari Raya Haji (Semua negeri)

1 Ogos (Sabtu) – Hari Raya Haji (Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu)

2 Ogos (Ahad) Cuti Hari Raya Haji (Kelantan & Terengganu)

20 Ogos (Khamis) – Awal Muharram (Semua negeri)

31 Ogos (Isnin) – Hari Kebangsaan (Semua negeri)

16 September (Rabu) – Hari Malaysia (Semua negeri)

24 September (Khamis) – Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar (Johor)

3 Oktober (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah)

9 Oktober (Jumaat) Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka)

10 Oktober (Sabtu) Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Sarawak)

29 Oktober (Khamis) – Maulidur Rasul (Semua negeri)

6 November (Jumaat) – Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak)

11 November (Rabu) – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan)

12 November (Khamis) – Hari Keputeraan Sultan Kelantan hari kedua (Kelantan)

14 November (Sabtu) – Hari Deepavali (Semua negeri kecuali Sarawak)

15 November (Ahad) – Cuti Hari Deepavali (Kelantan dan Terengganu)

11 Disember (Jumaat) – Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor)

25 Disember (Jumaat) – Hari Krismas (Semua negeri)

27 Disember (Ahad) – Cuti Hari Krismas (Johor dan Kedah)

Perkongsian kali ini pasti menerbitkan rasa bahagia dalam diri pembaca, bukan? Manakan tidak, rakyat Malaysia dikurniakan cuti umum yang sangat banyak sepanjang tahun 2020.

Jadi, rancanglah hari libur anda sebaiknya. Luangkanlah masa dengan perkara yang berfaedah agar waktu tidak terbazir begitu sahaja.

Sekiranya anda masih tercari-cari destinasi percutian untuk dikunjungi pada tahun 2020, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca