“Kalau Tak Fikir Orang, Saya Tak Beri Bantuan Makanan Untuk 100 Buah Rumah,” Eina Azman Berang Dituduh Pentingkan Diri

Pelakon Datin Eina Azman naik angin kerana ada warganet mendakwa dirinya bersikap mementingkan diri apabila dilihat membeli barangan keperluan secara berlebihan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut Eina, dia mengakui memang ada membuat pembelian sehingga enam troli, namun itu bukanlah untuk kegunaan dirinya sendiri, sebaliknya keperluan untuk tiga buah keluarga.

Eina telah memuat naik sebuah hantaran di Instagram miliknya mengenai paparan komen daripada individu yang mempertikaikan tindakannya itu.

“Kalau saya tak fikir orang, saya takkan bagi bantuan makanan untuk 100 buah rumah sebelum kuarantin hari itu. Maaf, bukan nak riak atau apa-apa,” jelasnya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Katanya, dia berasa kecewa dengan sikap segelintir manusia yang suka menabur fitnah untuk memburuk-burukkan orang lain.

“Saya tanpa ada masalah apa-apa pun saya sentiasa menolong orang tanpa mengira bangsa atau agama. Jadi, tolong jangan sibuk urusan orang lain. Jangan tahu nak mengata dan bercerita hal orang,” pintanya.

Perkongsian Eina itu turut menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya termasuklah rakan artis.

“Ada penyakit hati tu, apa-apa pun terima kasih sebab selalu bantu orang-orang yang memerlukan,” tulis Bella Astillah.

Terdahulu, seorang pengguna Instagram dikatakan meninggalkan komen tersebut di salah satu hantaran di akaun sahabatnya, pelakon Betty Rahmad.

Untuk membaca lebih banyak artikel lain, boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca