“Kalau Tak Balik, Nak Merempat Mana?” Larangan Keluar Antara Negeri Cetus Panik Dalam Kalangan Pelajar IPT

Baru sahaja tadi kerajaan mengumumkan Larangan Keluar Antara Negeri (Domestik) yang akan berkuat kuasa pada tengah malam ini. Laporan ini telah dilaporkan oleh Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador pada sidang akhbar hari ini.

“Orang ramai yang ingin balik kampung perlu maklumkan pergerakan mereka kepada polis.”

“Mana-mana individu atau premis yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan boleh dikenakan tindakan.”

“Kalau pelanggaran berleluasa dalam tempoh dua minggu ini, PDRM akan mengambil tindakan yang lebih drastik,” katanya lagi.

Buat mereka yang mahu melakukan perjalanan antara negeri perlu mengisi borang khas berserta dokumen pengesahan tentang keperluan membuat perjalanan berkenaan.

“Borang khas itu boleh diisi di mana-mana balai polis berhampiran atau ibu pejabat polis daerah masing-masing bagi membolehkan pihak polis mengeluarkan surat pelepasan.”

“Ia hanya untuk mereka yang mempunyai urusan penting atau kecemasan sahaja,” katanya.

Kegagalan mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan yang berkuat kuasa tengah malam ini, boleh dikenakan hukuman penjara mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Susulan daripada larangan terbaharu ini, para pelajar Institut Pengajian Tinggi yang kebanyakkan daripada mereka duduk di kolej mula berasa panik apabila pengumuman ini dibuat secara mengejut.

Hal ini kerana sebelum ini mereka telah diberi arahan untuk mengosongkan kolej dan meminta mereka semua untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Ini antara keluhan daripada para pelajar sejurus pengumuman tersebut dilakukan:

Ramai di antara mereka yang buntu tidak mempunyai tempat perlindungan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ada juga yang berharap agar kerajaan dapat memberi jalan penyelesaian kepada mereka yang tersekat jauh daripada keluarga. Difahamkan ada insititut yang menyediakan tempat tinggal sementara untuk mereka yang berjauhan.

Apa-apapun, diharapkan agar virus ini dapat dibendung dengan cepat dan status kesihatan rakyat Malaysia semakin pulih. Amalkan kebersihan diri selalu dan patuhi arahan pihak atasan.

Semoga Tuhan melindungi Malaysia.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca