“Kalau Saya Bising Pun Bukan Duit Turun Dari Langit.” – Nabila Huda

Aktres Nabila Huda membuat pengakuan bahawa dirinya sudah sebulan tidak menjalani penggambaran. Nabila yang lebih mesra dipanggil Abil itu mengaku bahawa pendapatannya sebagai penggiat seni sedikit terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walau bagaimanapun, Abil memilih untuk menjalani hidup seperti masyarakat lain dan menyelesaikan masalah yang dihadapi itu dengan caranya sendiri.

“Betul, kami sebagai penggiat seni ini memang terkesan daripada segi pendapatan sejak PKP dilaksanakan. Saya berhenti menjalani penggambaran dua hari selepas PKP dilaksanakan dan tidak tahu bila saya akan kembali menyambung pekerjaan.

Walau bagaimanapun, saya fikir buat apa mahu beritahu semua orang kita ada masalah. Kalau saya bising kepada pihak tertentu pun duit bukan turun dari langit,” katanya.

Sementara itu, puteri sulung kepada penyanyi legenda rock tanah air Amy Search itu mengaku bahawa musibah yang terjadi ini membuatkan dirinya lebih sedar dan bersyukur dengan apa yang ada.

“Saya orang yang ringkas. Kalau saya kata saya bukan artis yang kaya nanti ramai orang tidak percaya tetapi saya memang tidak hidup mewah sejak dari dulu lagi.

Walau bagaimanapun, saya mempunyai sedikit duit simpanan. Apabila perkara seperti ini berlaku, kami belajar untuk mempunyai persediaan dan sangat bersyukur. Kita makan apa yang ada. Kalau tidak ada, kita tidak perlu bising-bising kerana ramai lagi orang lain yang lebih susah daripada kita,” jelasnya.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Nabila Huda, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca