“Kalau Betul Salah, Biar Polis Ambil Tindakan.” – Isteri Aliff Syukri

Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berhubung kes dakwaan suami wanita itu yang dikatakan telah memukul anak angkat mereka yang berusia dua tahun.

Nur Shahida yang kini sedang menunaikan ibadah umrah bersama anaknya sejak 23 Februari lalu bagaimanapun, enggan mengulas lanjut isu melibatkan suaminya itu.

“Saya tidak mempunyai apa-apa komen. Biar perkara itu diselesaikan oleh pihak berwajib,” katanya ringkas.

Sementara itu, Datuk Aliff Syukri ketika dihubungi pihak Harian Metro berkata, dia memohon mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Berbicara mengenai dakwaan yang timbul, Aliff berkata dia menyerahkan segala siasatan kepada pihak polis.

Malah, usahawan kosmetik itu juga memaklumkan dia dinasihati untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan supaya tidak menganggu proses siasatan yang sedang berjalan.

“Saya minta maaf kerana tidak boleh bercakap mengenai perkara ini kerana ia sudah menjadi kes polis.”

“Biar mereka lakukan siasatan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera.” katanya.

Selain itu, usahawan kosmetik berkenaan juga memohon supaya masyarakat terutama warganet supaya menghentikan sebarang spekulasi.

Sebelum ini, tular kes seorang usahawan kosmetik yang dikatakn telah memukul anak angkatnya berusia dua tahun dengan menggunakan tangan dan kasut. Malah, mangsa juga dicubit sehingga meninggalkan kesan pada badan.

Suspek dikatakan memukul mangsa yang menangis ketika dia sibuk merakam video untuk kandungan saluran YouTube miliknya.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Datuk Aliff Syukri, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca