“Kalau Awak Tak Mahu Kerja, Kami OK”, Pengurusan Foodpanda Kesal Kenyataan Disalah Tafsir

Pengurusan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda Malaysia kesal dengan tindakan segelintir pihak yang melakukan seruan memboikot mereka.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, syarikat berkenaan mengatakan bahawa sebahagian daripada taklimat media diambil secara luar daripada konteks asal.

“Niat kami hanyalah untuk menjelaskan mengenai isu yang timbul serta perincian skim pembayaran terbaharu itu yang sudah disalah tafsir oleh kebanyakan pihak,” katanya.

Jelas pengurusan Foodpanda, skim bayaran baharu itu diyakini bakal memberi manfaat kepada pengguna, rakan kongsi dan juga para penghantar.

“Kami akan terus memantau pelaksanaan skim ini sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.”

“Ekosistem Foodpanda terdiri daripada penghantar, rakan kongsi dan pengguna yang mana semuanya adalah tulang belakang kami.”

“Sokongan berterusan semua pihak amat kami hargai,” kata wakil Foodpanda menerusi kenyataan itu.

Untuk rekod, bermula 1 hingga 3 Oktober lalu, penghantar makanan Foodpanda telah mengadakan mogok besar-besaran sebagai tanda bantahan mengenai skim pembayaran baharu yang berkuat kuasa sejak 30 September 2019.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca