Kalah Di Norwich, Rafa Benitez Dipecat Everton Selepas 6 Bulan Berkhidmat

Rafa Benitez yang dilantik sebagai pengurus Everton pada 6 bulan yang lalu kini dipecat Everton berikutan kekalahan kelab tersebut di Norwich City dengan jaringan dua berbalas satu.

Kekalahan tersebut menyaksikan kelab Merseyside itu kini berada hanya enam mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat ke-16, selepas 19 perlawanan.

Everton telah memecat Rafa Benitez berikutan kekalahan di Norwich.

Pada awal musim, pasukan Everton memaparkan aksi yang memberangsangkan namun kemudiannya mula merudum. Tekanan memuncak kepada Benitez apabila pasukan kendaliannya itu tewas 4-1 dengan Liverpool pada awal Disember lalu. Kekalahan itu sekaligus mencatat kekalahan paling buruk di derbi Merseyside dalam tempoh 39 tahun.

Malah sejak September, pasukan Everton hanya memenangi satu perlawanan dalam semua aksi saingan liga. Hal ini menyebabkan para penyokong The Toffees terus menyasarkan kemarahan mereka kepada Rafa Benitez dan lembaga kelab selepas kekalahan mereka di tangan Norwich.

Kekalahan 2-1 di Norwich menjadi titik akhir Benitez sebagai pengendali Everton.

“Sejak hari pertama, kakitangan saya dan saya sendiri bekerja seperti biasa, dengan komitmen dan dedikasi penuh, kami bukan sahaja perlu mendapat keputusan, tetapi kami juga perlu memenangi hati orang ramai.

“Bagaimanapun, keadaan kewangan kemudian kecederaan menyusul menyukarkan keadaan. Saya yakin kami akan menjadi lebih baik sebaik sahaja para pemain yang cedera kembali selain ketibaan pemain baharu.

“Jalan menuju kejayan bukanlah mudah dan amat menyedihkan, pada masa kini, dalam bola sepak ada pencarian untuk keputusan segera dan sentiasa ada kesabaran yang semakin berkurangan. Malang sekali, keadaan menentukan keputusan dan tidak mungkin lagi untuk meneruskan projek ini,” kata Benitez.

Dengan pemecatan Rafa Benitez, kelab Everton kini sedang mencari ketua jurulatih ketujuh mereka dalam tempoh enam tahun.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca