Kajian: Orang Yang Suka Makan Pedas Berisiko Tinggi Hilang Ingatan

Bagi sesetengah orang, setiap hidangan tidak lengkap kalau tidak ada rasa pedas seperti sambal atau serbuk cili. Malah, ada yang menggigit cili api secara mentah-mentah untuk mendapat rasa pedas yang puas.

Namun, kajian yang dibuat baru-baru ini akan membuatkan anda berfikir dua kali untuk menambah kepedasan ke dalam makanan anda.

Penyelidik memberi amaran bahawa orang yang makan makanan pedas setiap hari mempunyai risiko demensia yang lebih tinggi.

Demensia adalah sebuah sindrom yang berkaitan dengan penurunan kemampuan fungsi otak seperti berkurangnya daya ingat, menurunnya kemampuan berpikir, memahami sesuatu, melakukan pertimbangan dan memahami bahasa serta menurunnya kecerdasan mental.

Penyelidik dari Universiti Australia Selatan dan Universiti Qatar mendapati bahawa orang yang makan makanan pedas setiap hari mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami demensia.

Dalam kajian itu, para penyelidik mengkaji 4.582 orang dewasa berumur lebih 55 tahun dan lebih 15 tahun dengan melihat diet mereka serta ingatan mereka.

Hasilnya menunjukkan bahawa peserta yang makan lebih dari 50 gram cili sehari hampir dua kali ganda risiko penurunan memori yang lebih ketara dan kognisi yang kurang baik.

Dr Zumin Shi yang mengetuai kajian itu berkata, “Penggunaan cili didapati bermanfaat untuk berat badan dan tekanan darah dalam kajian terdahulu kami. Bagaimanapun, dalam kajian ini kami mendapati mempunyai kesan buruk terhadap kognisi di kalangan orang dewasa yang lebih tua.”

Satu analisis diet peserta menunjukkan bahawa kedua-dua lada cili segar dan kering mempunyai kesan ke atas ingatan tetapi bukannya lada hitam manis.

Tidak salah untuk tambah kepedasan dalam makanan anda tetapi berpada-padalah jangan sampai memudaratkan kesihatan diri.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca