Kajian Mendapati Tekanan Boleh Ubah Warna Rambut Jadi Putih

Betulkah bahawa rambut boleh berubah warna menjadi putih apabila anda mengalami tekanan?

Untuk pengetahuan anda, rambut tidak akan kembali ke warna asal apabila ia sudah menjadi putih.

man holding smartphone near green plants

Hormon norepinefrina dibebaskan ketika badan berada dalam keadaan fight or flight menurut sebuah kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard.

Seterusnya, hormon norepinefrina akan dibebaskan ke dalam saluran darah di bawah tekanan yang luar biasa.

Untuk dijadikan cerita, kadar denyutan jantung akan meningkat apabila hormon itu dibebaskan ke dalam saluran darah.

Dalam situasi tersebut, tubuh badan anda sebenarnya disediakan untuk bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Walau bagaimanapun, keadaan itu sebenarnya boleh merosakkan sel stem melanocyte (MSC).

MSC ini pula adalah sel kulit yang menghasilkan pigmen. Dalam erti kata lain, ia turut berfungsi untuk memberikan warna pada rambut.

woman wearing eyeglasses

Tanpa sedar, kebanyakan daripada kita sebenarnya mempunyai anekdot tentang bagaimana tekanan memberi reaksi terhadap tubuh badan menerusi hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Nature.

Hormon yang dihasilkan sebagai tindak balas kepada tekanan itu dikatakan boleh memberi kesan kepada sel stem yang memberi warna rambut.

Namun, apa yang ingin ditentukan menerusi kajian tersebut ialah hormon manakah yang sering diperkatakan dan dari mana ia datang.

Dr. Ya-Chieh Hsu iaitu seorang profesor sel stem dan biologi regeneratif di Universiti Harvard berkata, “Kami mahu memahami jika hubungan ini adalah benar dan jika ya, bagaimana tekanan membawa perubahan dalam tisu yang pelbagai.”

Tambahnya, “Apabila kita memulakan kajian ini, saya tahu tekanan beri kesan buruk tetapi saya tidak sangka ia jauh lebih teruk daripada yang saya bayangkan.”

“Selepas beberapa hari saja, semua sel pemulihan stem hilang dan anda tidak boleh menghasilkan semula pigmen lagi. Kerosakan itu kekal,” katanya.

Dalam pada itu, manusia akan mula beruban pada usia 30-an tetapi ia akan berubah menjadi putih sepenuhnya apabila usia menjangkau 50 tahun.

Pada pendapat anda, betulkah tekanan boleh mengubah warna rambut anda menjadi putih?

Untuk baca lebih banyak artikel mengenai kajian menarik, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca