Kajian Dapati Tambang Teksi Di Malaysia Antara Yang Termurah Di Dunia

Rata-rata masyarakat di Malaysia mengeluh bahawa caj yang dikenakan untuk perkhidmatan teksi di negara ini sangat mahal. Kadang-kadang, caj yang dikenakan sangat tidak masuk akal meskipun jarak perjalanan tidaklah jauh mana.

Perkara ini membuatkan rata-rata pengguna beralih kepada perkhidmatan e-hailing seperti yang ditawarkan oleh syarikat Grab dan MyCar.

Namun begitu, di sebalik keluhan itu, satu kajian telah mendedahkan bahawa nilai tambang teksi di negara Malaysia sebenarnya antara yang termurah.

Berdasarkan kajian yang dilaporkan sebuah laman web perkhidmatan pelancongan taxi2airport.com, tambang teksi di Malaysia menduduki tangga kelima negara yang menawarkan caj paling murah.

Caj yang dikenakan di Malaysia adalah sekitar EUR1.70 (RM7.98) bagi perjalanan 5 kilometer.

Mesir pula menduduki tangga teratas sekali gus menjadikannya negara yang menawarkan tambang teksi paling murah iaitu hanya EUR0.84 (RM3.94) untuk 5 kilometer.

Tangga kedua pula milik negara India di mana caj yang dikenakan adalah sekitar EUR1.29 (RM7.98) diikuti negara Thailand dengan tambang sebanyak EUR1.41 (RM6.62).

Negara Switzerland pula mencatatkan tambang paling mahal iaitu kira-kira EUR22.68 (RM106.41) untuk 5 kilometer jarak perjalanan.

Jadi, adakah anda semua setuju bahawa Malaysia layak tersenarai sebagai negara yang menawarkan tambang teksi paling murah?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca