Kajian Buktikan Bahawa Menangis Mampu Turunkan Berat Badan

Ada tak pembaca di sini yang mudah menangis? Bergaduh sikit dengan pasangan terus menangis. Apabila hubungan putus di tengah jalan pula, 7 hari 7 malam menangis jawabnya. Ada juga yang tidak perlu tunggu hati dirobek untuk menangis, mak suruh potong bawang pun air mata dah mula mengalir macam tiada hari esok.

Sekiranya anda tergolong dalam golongan yang kami sebut di atas, teruskan menangis. Hal ini demikian kerana satu kajian telah mendapati bahawa menangis boleh meningkatkan tahap kortisol.

Pada masa yang sama, apabila seseorang itu menangis akibat terlalu tertekan, tangisan itu dipercayai mampu untuk menghapuskan beberapa bahan toksin dalam badan. Perkara ini disahkan sendiri oleh pakar biokimia iaitu William Frey yang mengatakan bahawa menangis membantu menghilangkan bahan toksin yang terbina apabila manusia ditekan secara emosi.

Dengan ini, tubuh kita secara tidak langsung tidak akan berupaya untuk menyimpan lebih banyak lemak kerana kesemua hormon stres akan dilepaskan menerusi proses perkumuhan.

Walau bagaimanapun, manfaat ini cuma akan dapat dicapai oleh seseorang sekiranya tangisan itu tercetus oleh emosi sebenar. Dalam erti kata lain, kalau setakat buat-buat menangis, memang tidak akan hilang toksin dalam badan. Sorry!

Tahukah anda bahawa tangisan pun ada jenis-jenis yang tersendiri? Berikut kami kongsikan 3 jenis tangisan yang berbeza:

1. Tangisan Basal: Juga dikenali sebagai tangisan fungsi asas yang melembapkan mata.

2. Tangisan Refleks: Turut dikenali sebagai tangisan kerengsaan yang keluar secara semula jadi akibat tindak balas terhadap tekanan persekitaran seperti asap dan angin.

3. Tangisan Psikik: Tangisan yang melibatkan emosi dan perasaan dalaman yang dirasai.

Jadi, menurut kajian tadi, cuma tangisan psikik sahaja yang akan membantu untuk hilangkan berat badan seseorang. Malah, ada waktu-waktu tertentu yang sesuai untuk menangis sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan.

Menurut sainstis, menangis pada jam 7 malam hingga 10 malam paling bagus untuk membantu anda kuruskan badan. Jadi, mana-mana yang nak layan drama atau filem sedih, bolehlah berbuat demikian pada waktu-waktu ini.

Jelaslah bahawa menangis bukan sahaja boleh meringankan bebanan dalaman yang terkandung dalam jiwa kita, tetapi ia juga mampu meringankan badan seseorang.

Tapi, janganlah hari-hari pula menangis selepas dapat tahu info ini semata-mata nak kuruskan badan. Lakukan aktiviti senaman dan makan makanan yang sihat untuk mencepatkan lagi proses ini. Apa-apa pun, semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Artikel Lain Untuk Di Baca