Kahwin Tomyam? Ketahui 3 Formula Warga Asing Guna Untuk Dirikan Perniagaan Di Malaysia

Kebanjiran restoran tomyam di Malaysia kebanyakannya dimiliki oleh warga Thailand yang beroperasi di sebalik lesen perniagaan kepunyaan warga tempatan.

Tidak kurang juga peniaga Thailand yang langsung tidak memiliki lesen perniagaan. Bagaimanapun, jumlah peniaga asing di Malaysia dikatakan semakin berkurangan apabila mereka mengubah taktik dan formula baharu.

Apakah formula yang digunakan?

Senang sahaja, dengan menikahi lelaki atau perempuan berwarganegara tempatan, peniaga asing boleh melangsungkan operasi restorannya dengan memperoleh lesen baharu atas nama pasangan bagi kegunaan premis.

Selain daripada itu, tidak kurang juga ada di antara warga asing ini akan bekerja sebagai tukang masak terlebih dahulu lalu mengumpul gaji yang diperoleh sebagai modal bagi menyewa tapak dalam restoran tertentu.

Ia bukan sahaja murah berbanding menyewa sebuah kedai, namun melalui cara ini, warga asing tidak akan memerlukan lesen perniagaan.

Bukan itu sahaja, cara efektif yang menjadi tradisi turun temurun sejak dari awal restoran tomyam mula bertapak ialah dengan mengguna pakai lesen perniagaan warga tempatan.

Biasalah, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Sememangnya, cara ini memerlukan persetujuan antara dua pihak untuk lesennya dimanfaatkan oleh warga asing.

Kebiasaannya, warga tempatan akan memberi kebenaran kepada warga asing untuk menggunakan lesen mereka dengan mengenakan bayaran mengikut jumlah yang telah dipersetujui.

Meskipun sedar bahawa tindakan yang dilakukan adalah menyalahi undang-undang, namun mereka sanggup mengambil risiko memandangkan habuan yang bakal diperoleh adalah sangat lumayan. Manakan tidak, cara sebegini tidak memerlukan mereka bersusah payah mengeluarkan modal yang besar untuk berniaga.

Bagi membendung gejala ini daripada terus bermaharajalela, terbaharu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nur Hisham A Dahlan menyatakan bahawa individu yang melakukan kegiatan berkenaan perlu akur sekiranya nama mereka disenarai hitamkan daripada memohon mana-mana lesen perniagaan.

Ini kerana, lesen perniagaan kepunyaan warga tempatan yang disewakan kepada peniaga asing merupakan satu kesalahan besar.

Beliau turut menegaskan bahawa kegiatan yang melibatkan isu antara lesen perniagaan warga tempatan dan peniaga asing tidak boleh dikompromi lagi.

Meskipun penulis amat meminati masakan Thailand, namun apakan daya, undang-undang tetap undang-undang.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca