Kafe Starbucks ‘Paling Senyap’ Dibuka Di Guangzhou

Rangkaian syarikat minuman kopi kegemaran ramai, Starbucks telah membuka satu cawangan baru di Guangzhou pada akhir minggu lepas. Namun, ia bukan sekadar kafe Starbucks biasa tetapi ia merupakan sebuah ‘kafe senyap’.

Pembukaan ‘kafe senyap’ ini dianggap sebagai satu inisiatif bagi menyokong golongan kurang upaya dalam bidang pekerjaan.

“Ia mungkin Starbucks paling senyap antara 3,800 cawangan lain di China,” kata Ketua Pegawai Operasi, Leo Tsoi.

14 orang daripada 30 staf di kafe yang terletak di daerah Yuexiu itu dipercayai mempunyai masalah cacat pendengaran.

Pada masa yang sama, kafe itu juga menggunakan sistem tempahan khas di mana para pelanggan boleh membuat pesanan tanpa perlu bercakap.

Sebagai contoh, kesemua minuman dan makanan dilabelkan dengan nombor dan para pelanggan hanya perlu menulis nombor makanan dan minuman yang mereka ingin pesan.

“Kami tidak boleh mendengar apa yang anda katakan, namun kami mahu berkongsi keenakan kopi bersama anda. Saya percaya lebih ramai orang kurang bernasib baik seperti saya dapat mencari pekerjaan yang mereka suka pada masa depan,” kata salah seorang kakitangan, Chen Siting.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca