Kaca Mata Anda Berkabus Ketika Memakai Pelitup Muka? Ini Adalah Penyelesaiannya

Penularan wabak COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia telah menyebabkan pelbagai langkah pencegahan telah diambil bagi menghentikan virus pembunuh ini daripada terus tersebar. Antara salah satu tindakan yang disarankan dan diwajibkan kerajaan adalah untuk memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Walau bagaimanapun bagi yang berkaca mata, pastinya anda akan berasa stres dan kesal kerana setiap kali memakai pelitup muka, pastinya kaca mata anda akan berkabus atau lembap.

Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh udara panas yang dihembuskan daripada hidung akan naik ke bahagian atas dan dibebaskan melalui celah pelitup muka. Proses ini telah menyebabkan udara dingin pada lensa kaca mata yang terkena udara panas itu menjadi kabus.

Namun, anda tidak perlu risau lagi kerana kami akan kongsikan kepada anda 4 cara mudah untuk mengatasi masalah kaca mata berkabus ketika memakai pelitup muka.

1. Ketatkan ikatan tali pelitup muka

Nafas yang dihembus ke atas boleh menjadi tanda bahawa pelitup muka yang anda pakai tidak cukup untuk melindungi saluran pernafasan. Sekiranya anda memakai topeng muka yang diikat di belakang kepala, cuba ketatkan sedikit ikatan tali di kepala. 

Pastikan anda masih boleh bernafas dengan sempurna dan cara ini sebenarnya dapat membebaskan udara yang dihembus dengan lebih cepat daripada pelitup muka.

Anda juga boleh melipat sedikit bahagian atas pelitup muka jika ianya terlalu besar dan selaraskan bahagian tepi dengan kemas supaya ia dapat menutup bahagian hidung dan mulut dengan sempurna.

2. Tambahkan tisu dalam pelitup muka

Cara ini perlu dilakukan dengan betul bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Anda perlu lipat tisu bentuk horizontal dan letakkan di antara wajah (hidung) dan bahagian atas pelitup muka.

Tisu ini dipercayai akan menyerap kelembapan yang dihasilkan oleh nafas kita sebelum menyentuh kaca mata.

3. Gunakan semburan anti debu/anti kabus

Cara yang lebih mudah adalah dengan menggunakan cecair kalis debu atau cecair anti kabus. Anda hanya perlu semburkan cecair ini pada cermin mata dan keringkan dengan menggunakan kain atau microfiber. 

Dengan cara ini, cermin mata anda akan sentiasa bersih dan bebas daripada kelembapan walaupun apabila anda memakai pelitup muka.

Cecair anti kabus ini biasanya digunakan oleh perenang atau penyelam bagi menghilangkan kabus pada cermin mata atau goggle yang mereka gunakan semasa berenang.

4. Celupkan cermin mata dalam syampu bayi atau air sabun

Sebelum memakai pelitup muka, celupkan cermin mata anda dalam syampu bayi atau air sabun. Biarkan cerminnya kering sendiri sebelum memakainya.

Cara ini sangat membantu kerana sabun mengurangkan tegangan pada permukaan sehingga menyebabkan molekul air (wap air dari nafas) tidak melekat pada permukaan itu.

Ini adalah antara beberapa cara yang boleh anda lakukan bagi menyelesaikan masalah cermin mata yang berkabus. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca