Kabul Dalam Pemerintahan Taliban, Wanita Afghanistan Mula Pakai Burqa

kabul-dalam-pemerintahan-taliban-wanita-afghanistan-mula-pakai-burqa

Jualan burqa dan pakaian labuh yang menutupi tubuh wanita naik mendadak di Afghanistan baru-baru ini. Burqa merupakan salah satu barang keperluan yang paling dicari semasa pemerintahan Taliban suatu ketika dahulu. Jika mereka gagal mengenakan pakaian tersebut pada waktu itu, para wanita akan dihukum.

Walaupun Taliban berjanji akan memberikan hak kepada para wanita mengikut undang-undang Islam, namun pengalaman pahit semasa zaman pemerintahan Taliban dari tahun 1996 hingga 2001 membuatkan para wanita Afghanistan berasa takut.

Burqa kini kembali dicari oleh para wanita sehingga harganya naik 10 kali ganda. Dikhabarkan, para wanita telah menyerbu kedai yang menjual burqa pada hari Ahad lalu untuk membelinya sebelum kedai-kedai itu dipaksa tutup. Memetik laporan portal CNN.

Seorang penjual burqa di Kabul, Aref, menyatakan bahawa kedainya kini sering dikunjungi oleh para wanita yang membeli burqa, katanya dalam satu wawancara bersama The Guardian.

Malah, dia turut memberitahu bahawa burqa bukan sahaja dikehendaki oleh mereka yang berada di wilayah terpencil, tetapi wanita yang berada di bandar juga berpusu-pusu mahu mendapatkannya.

Menurut CNN, salah seorang wanita yang tidak mahu disebut namanya atas alasan keselamatan memaklumkan bahawa dia dan ahli keluarganya tidak sempat membelinya. Pun begitu, mereka merancang untuk membuat burqa dari cadar atau penutup tilam. Situasi semasa di sana membuatkan para aktivis wanita berasa risau.

Seorang pelajar dan mantan Perwakilan Pemuda Afghanistan ke PBB pada tahun 2019, Aisha Khurram, mendedahkan bahawa dia tidak tahu bagaimana nasib para wanita di Afghanistan setelah Taliban kembali berkuasa.

Sumber: Twitter (@AJEnglish)

“Saya melihat terdapat ramai wanita sebelum ini tidak merasai pemerintahan Taliban dengan mengatakan mereka tidak mahu memakainya.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku kepada wanita muda di Afghanistan. Sekarang mereka tinggal di rumah dan hanya meneka-neka apa yang akan terjadi selanjutnya,” katanya seperti dilaporkan oleh Bloomberg.

Untuk pengetahuan, selama pemerintahan Taliban di Afghanistan kaum wanita dilarang bekerja dan anak perempuan pula tidak dibenarkan ke sekolah.

Para wanita juga diwajibkan memakai burqa untuk menutup wajah. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan keluar dari rumah tanpa tanpa teman dari kalangan lelaki.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca