Kabinet Telah Putuskan Pengganti Dr. Maszlee Malik

Kabinet hari ini telah memutuskan pemangku Menteri Pendidikan susulan peletakan jawatan Dr. Maszlee Malik dan perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng.

Menurut Lim Guan Eng, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengumumkan perkara itu kelak.

“Kami (Kabinet) telah membuat keputusan berhubung perkara itu, tetapi biarlah Perdana Menteri mengumumkannya,” kata Lim Guan Eng dalam satu sidang media selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini.

Untuk rekod, Dr. Maszlee mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa Jumaat lepas dan keputusan itu dikatakan dibuat atas nasihat Tun Dr. Mahathir.

Tonton video penuh sidang media peletakan jawatan Dr. Maszlee.

Untuk baca artikel lain mengenai peletakan jawatan Dr. Maszlee, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca