Kabel Pengecas Telefon Terkoyak, Gadis Ini Hilang Nyawa Direnjat Eletrik

Baru-baru ini, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun disahkan meninggal dunia setelah direnjat eletrik. Insiden malang tersebut dikatakan berpunca daripada kabel pengecas telefon yang koyak telah tersentuh kaki katilnya yang diperbuat daripada besi.

Ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Nong Ying yang berasal dari Chaiyaphum, Thailand sedang menggunakan pengecas tersebut. Menurut laporan, kabel terbabit sememangnya sudah terkoyak. Namun, Nong telah membalut alat eletronik tersebut dengan menggunakan pelekat.

Punca kematian gadis tersebut dikatakan berpunca daripada kabel berkenaan yang telah menyentuh kaki katil mangsa. Difahamkan, meskipun sudah dibaluti pita pelekat, terdapat kemungkinan bahawa pita tersebut turut terkoyak mengakibatkan kejutan eletrik berlaku sehingga meragut nyawa Nong.

Mayat mangsa ditemui oleh ibunya, Boonpeng Tuponchai dalam keadaan masih terbaring di atas katil semasa wanita itu pulang ke rumah pada Jumaat lalu.

“Saya beranggapan dia (Nong) masih tidur. Tetapi, apabila saya menyentuh badannya, saya dapat rasa satu renjatan eletrik yang kecil,” ujar ibu berkenaan.

Boonpeng menambah dia segera menutup suis pengecas telefon bimbit tersebut namun nasi sudah pun menjadi bubur.

Hasil bedah siasat mendapati, Nong turut mengalami kecederaan seperti terbakar di tangan kirinya yang berpunca daripada renjatan terbabit.

Pegawai penyiasat Khanti Peansoongnern berkata, meskipun wayar tersebut sudah ‘dibetulkan’ dengan pita pelekat, ia masih mampu mengalirkan arus eletrik yang telah berjaya meragut nyawa Nong.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca