Pelakon Korea popular, Yoo Ah In disahkan terlibat dengan pengambilan dadah jenis ganja dan propofol.
Pada 24 Februari, pihak polis secara rasmi mengumumkan bahawa Perkhidmatan Forensik Negara baru-baru ini telah menghantar keputusan ujian rambut Yoo Ah In kepada unit siasatan dadah di Agensi Polis Metropolitan Seoul.

Menurut laporan tersebut, sampel rambut Yoo Ah In yang diambil pada 5 Februari yang lalu mendapati dia disahkan positif mengambil dadah jenis propofol.
Dadah ini merupakan dadah yang sangat berbahaya dan pernah mengakibatkan kematian selebriti terkenal seperti Michael Jackson.
Pada mulanya, pelakon yang terkenal dengan drama Hellbound dan Chicago Typewriter itu ditahan atas disyaki penyalahgunaan dadah propofol.

Namun begitu ketika ujian air kencing dijalankan atas bintang tersebut, dia turut mendapati positif mengambil ganja yang sememangnya salah dari segi undang-undang di Korea Selatan.
Dalam pada waktu yang sama, pihak polis bertindak membuat serbuan terhadap beberapa pusat kesihatan sekitar daerah Gangnam dan Yongsam.

Hal ini kerana terdapat sebahagian premis berkenaan dipercayai membekalkan dadah jenis propofol secara haram kepada Yoo Ah In sejak tahun 2021 lagi.
Sementara itu, syarikat pengurusan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bersedia memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi memudahkan urusan penyiasatan.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: