Peminat EXO di Korea telah menghantar trak sebagai tanda protes di hadapan bangunan SM Entertainment di Seoul pada 26 Mei 2023.
Trak yang bertulis kenyataan menggesa penyingkiran dua orang ahli kumpulan EXO iaitu Chen dan Chanyeol. Peminat mahu kumpulan itu hanya mempunyai enam ahli sahaja.
Trak itu diletakkan betul-betul di hadapan bangunan di stesen Seoul Forest.

“Maintain EXO as six members and ensure promotions. Protect your artists. SM, stop neglecting them.”
Trak
“Kekalkan EXO sebagai enam ahli dan pastikan promosi. Lindungi artis anda. SM, berhenti mengabaikan mereka.” – trak
Trak tersebut menuduh Chen dan Chanyeol ‘memudaratkan’ kumpulan itu.

“Remove Chen and Chanyeol, who harmed the group. Stop treating fans like fools. EXO doesn’t need malignant members. Chen, Chanyeol, Out.”.
Trak
Keluarkan Chen dan Chanyeol, yang merosakkan kumpulan itu. Berhenti melayan peminat seperti orang b****. EXO tidak memerlukan ahli malignan. Chen, Chanyeol, Keluar.” – Trak.
Ketika netizen berasa simpati dengan punca itu, peminat setia kumpulan itu membela kedua-dua ahli itu.
Netizen menyatakan simpati mereka kepada peminat, serta mengkritik mereka yang tidak dapat memahami bagaimana kehidupan peribadi seorang selebriti juga boleh menjejaskan kerja mereka.

Selain itu, peminat antarabangsa terus menyokong kedua-dua ahli kumpulan itu dan mahu mengekalkan EXO sebagai sembilan orang ahli kumpulan. Mereka tidak bersetuju dengan bantahan tersebut.
EXO IS NINE 🤫🤫🤫#EXOISNINE https://t.co/abaHvLpdHX pic.twitter.com/GsiyQRsQwA
— Roya𝒪 ᴷᴬᴵ😔 🪖D_626 (@Roya_zkdlin) May 26, 2023
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: