Tidak lama selepas ‘Dispatch’ melaporkan bahawa terdapat sebuah pasangan “April Fool” telah dilahirkan, wakil daripada kedua-dua agensi pelakon The Glory: Lim Ji Yeon (33) dan Lee Do Hyun (28) telah mengeluarkan kenyataan rasmi terhadap berita tersebut.

Agensi Lim Ji Yeon, Artis Company, menyatakan bahawa, “Hubungan senior dan junior kedua-dua pelakon itu telahpun bertukar menjadi lebih rapat dan intim. Kami amat menghargai jika anda menyokong hubungan mereka dan terimanya dengan mesra.”
Agensi Lee Do Hyun pula, Yuehua Entertainment juga menawarkan respons yang sama bagi pihak Lee Do Hyun, dengan menyatakan, “Kedua-dua sunbae-hoobae yang rapat baru-baru ini mula mengenali satu sama lain dengan perasaan yang lebih mesra.”

Berita tersebut mengejutkan ramai warganet terutamanya peminat drama siri The Glory oleh kerana di dalam drama tersebut Lim Ji Yeon membawa watak jahat bernama Park Yeon Jin, manakala Lee Do Hyun pula memainkan watak seorang lelaki misteri bernama Joo Yeo Jung dalam siri Netflix yang baru sahaja tamat.

Menurut Dispatch- syarikat media yang dedahkan hubungan mereka, kedua-dua pelakon ini mula berkenalan semenjak peringkat awal produksi The Glory dan dilihat kerap bertemu selama 4 bulan.
Antara staf krew dan barisan pelakon drama tersebut, hubungan Limm Ji-yeon dan Lee Do-hyun bagaikan sebuah ‘rahsia terbuka’ di mana mereka tidak terlalu menunjuk namun aksi mereka seperti memakai pakaian serupa telah cukup menunjukkan yang mereka bersama.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: