K-Lejen: Kuasai 110 Negara, BTS: Yet to Come Sudah Berada Di Pawagam

Kumpulan K-Pop paling berpengaruh di dunia iaitu BTS kini menghangatkan pawagam-pawagam di lebih 110 negara.

Sumber: btsyettocomeincinemas

Sebelum ini, CGV yang merupakan rangkaian pawagam multipleks terbesar di Korea Selatan mendedahkan bahawa pihak mereka akan menyiarkan persembahan secara langsung konsert BTS yang berlangsung pada tahun lepas ke serata negara termasuklah Malaysia.

Menurut agensi HYBE, filem ‘BTS: Yet to Come in Cinemas’ yang mula ditayangkan pada hari Rabu telah mendapat sambutan yang luar biasa.

Filem ini menyiarkan konsert kumpulan itu yang diadakan di Busan pada 15 Oktober lalu dan dokumentasi konsert itu bersiaran selama 103 minit.

Terdapat beberapa persembahan antaranya adalah “RUN”, “Run BTS”, “Dynamite”, “Boy with Luv” dan banyak lagi.

Filem ini dikeluarkan dalam beberapa format pawagam iaitu 2D, 4DX, 4DXScreen dan ScreenX.

Yang menariknya, Format ScreenX dibangunkan oleh francais pawagam multipleks CGV dengan menggunakan sisi kiri dan kanan dinding pawagam sebagai skrin kedua.

Para peminat BTS yang dikenali sebagai ARMY menonton filem ini dibenarkan membawa lampu khas BTS (light stick) masuk ke pawagam untuk menunjukkan sokongan kepada kumpulan itu dan merasai seolah-olah menonton konsert sebenar.

Kini, tanda pagar #YetToComeInCinema trending di Twitter sejak Rabu lepas.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan K-Lejen, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca