K-Lejen: IVE Umum ‘Comeback’ Pada Bulan April Ini

Kumpulan girl group IVE bakal membuat comeback dalam industri muzik.

Pada 17 Februari, Xportsnews melaporkan bahawa kumpulan IVE sedang membuat persiapan untuk mengeluarkan album baharu mereka pada awal bulan April ini.

Sehubungan dengan itu, agensi kumpulan tersebut iaitu Starship Entertainment mengesahkan bahawa “IVE sedang bersiap sedia dalam menyediakan album penuh untuk keluaran April.”

Album ini bakal menjadi comeback pertama mereka setelah lapan bulan mereka mengeluarkan lagu terakhir mereka yang berjudul “After Like” pada Ogos tahun lalu.

IVE yang berjaya mencipta fenomena menerusi lagu kedua mereka yang berjudul “Love Dive” turut merangkul anugerah Song Of The Year di beberapa anugerah muzik yang cukup terkenal di Korea Selatan.

Meskipun baru setahun berada dalam industri K-Pop, kumpulan yang terdiri daripada enam anggota iaitu Wonyoung, Gaeul, Yujin, Liz, Lesseo dan Rei juga turut berjaya membolot beberapa anugerah-anugerah besar seperti New Artist of The Year, Best Female Group, Best Dance Performance – Female Group, Hot Trend AwardArtist of The Year dan banyak lagi pada tahun 2022.

Adakah album terbaru yang bakal dikeluarkan akan mencipta fenomena sekali lagi pada tahun 2023 ini? Sama-sama kita nantikan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca