K-Lejen: IU Dan Lee Jong Suk Sah Bercinta, Agensi Akui Hubungan Mereka

Berita menggemparkan buat semua peminat apabila pelakon terkenal Korea, Lee Jong Suk disahkan bercinta dengan penyanyi kesayangan negara tersebut iaitu IU.

Saluran berita hiburan Korea, Dispatch telah mendedahkan kisah bahagia dua artis ini semalam yang mengatakan mereka telah menjalinkan hubungan cinta kira-kira empat bulan.

Sumber: Dispatch

Tambahan pula, pasangan ini juga meluangkan masa bersama pada cuti musim sejuk selama tiga hari dua malam di Nagoya, Jepun.

Pecutian itu dikatakan telah dirancang sendiri oleh Lee Jong Suk. Dilaporkan IU telah pergi terlebih dahulu bersama adik lelakinya ke Jepun sebelum Jong Suk menyertai mereka.

Seperti sedia maklum, Dispatch sangat dikenali sebagai saluran hiburan yang akan mendedahkan pasangan-pasangan selebriti popular yang bercinta setiap kali tiba tahun baharu.

Namun pihak media ini menutup tirai tahun 2022 dengan kisah pasangan tersebut sejurus selepas Lee Jong Suk memenangi penghargaan Daesang (Hadiah Utama) di 2022 MBC Drama Awards.

Sumber: Dispatch

Di dalam ucapan penerimaannya, beliau melahirkan rasa terima kasih yang mendalam kepada individu tertentu tanpa penama. Ini mula menimbulkan spekulasi bahawa Lee Jong Suk seakan membuat pengakuan sedang bercinta.

Kedua-dua agensi penyanyi dan pelakon terkenal ini telah membuat kenyataan rasmi untuk mengesahkan hubungan mereka.

Agensi Lee Jong Suk mengeluarkan kenyataan berikut:

“Hello. Ini ialah HighZium Studio.

Ini adalah kenyataan rasmi berhubung artikel eksklusif mengenai pelakon Lee Jong Suk.

Pelakon Lee Jong Suk dan IU baru-baru ini berkembang daripada kenalan rapat menjadi pasangan, dan mereka mengekalkan hubungan yang serius.

Tolong tunjukkan banyak sokongan supaya mereka dapat meneruskan hubungan indah mereka.

Terima kasih”.

Manakala agensi IU, EDAM Entertainment juga mengulas selepas itu, “IU dan Lee Jong Suk baru-baru ini berkembang daripada menjadi kenalan rapat kepada hubungan yang baik. Kami meminta sambutan hangat peminat.”

Untuk baca artikel-artikel berkaitan K-Lejen, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca