Search
Close this search box.

K-Lejen: Ini Sebab Kenapa Yoo Seonho Menangis Ketika Berlakon Dengan Kim Hye-Soo

Aktor meningkat naik Yoo Seonho telah mengimbas kembali projeknya pada tahun 2022 ketika muncul dalam program Radio Star sebagai tetamu.

Menerusi episod Radio Star yang disiarkan pada 4 Januari lalu, Seonho menyatakan bahawa 2022 merupakan satu tahun yang luar biasa buat dirinya berdasarkan laporan KBIZoom.

“Drama-drama saya (Under the Queen’s Umbrella dan Doctor Lawyer) berjaya dengan baik tahun lalu dan saya kemudiannya dapat menyertai rancangan hiburan 2 Days 1 Night sebagai ahli tetap. Ia adalah tahun yang luar biasa,” ujarnya.

Selepas menghidupkan watak Putera Gyeseong dalam drama Under The Queen’s Umbrella dengan penuh jayanya, Seonho turut berkongsi pengalamannya berlakon bersama aktres ternama Korea Selatan Kim Hye-soo.

Sumber: Instagram @official_yooseonho

“Saya dapat merasakan kasih sayang seorang ibu daripada Kim Hye-soo semasa berlakon dengannya. Saya menangis dengan teruk,” tambahnya.

Hye-soo membawa watak Im Hwaryeong dalam drama itu yang juga merupakan bonda kepada Putera Gyeseong. Berbeza daripada kebanyakan ratu yang digambarkan sebagai seorang individu dengan penampilan dan sikap elegan, Hwaryeong dalam Under The Queen’s Umbrella membuktikan sebaliknya.

Sumber: Instagram @official_yooseonho

Disebabkan anak-anaknya merupakan putera raja yang sering menimbulkan masalah, Hwaryeong tidak mampu mengekalkan penampilan dan sikap elegan.

Beliau sebaliknya merupakan seorang ratu yang pemarah, sensitif dan panas baran.

Hwaryeong juga memutuskan untuk tidak mengikut protokol dan berusaha keras untuk membentuk anak-anak lelakinya supaya mereka dapat menjadi putera raja terbaik melalui pendidikan.

Sumber: Zapzee

Adakah anak-anak Ratu Hwaryeong mampu menjadi seorang putera raja yang hebat? Anda perlu menonton Under The Queen’s Umbrella untuk mengetahui jawapannya!

Untuk baca artikel-artikel berkaitan K-Lejen, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca