K-Lejen: EXO Bakal Muncul Dalam Rancangan Realiti Baharu

Siap sedia EXO-L kerana EXO bakal muncul dalam rancangan realiti baharu sebagai satu kumpulan!

Memetik laporan Soompi, agensi yang menaungi EXO iaitu SM Entertainment mengesahkan berita gembira ini pada 8 Jun (Khamis) lalu.

Sumber: Twitter @weareoneEXO

“EXO merancang untuk membuat penggambaran sebuah program realiti di Korea sebagai satu kumpulan,” ujarnya.

Pada tengah hari 8 Jun lalu, anggota-anggota kumpulan EXO seperti Xiumin, Suho, Chen, Baekhyun, Chanyeol, D.O. dan Sehun dilihat berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo, Korea Selatan untuk menuju ke satu destinasi bersama-sama.

EXO akan comeback pada 10 Julai

Sumber: Twitter @weareoneEXO

EXO bakal menemui para peminat dengan album penuh ketujuh mereka pada 10 Julai ini.

Seperti yang disahkan oleh SM Entertainment pada 9 Jun lalu, semua ahli EXO akan terlibat dalam penggambaran video muzik untuk kemunculan semula mereka dan juga aktiviti-aktiviti promosi album itu.

Kai atau nama sebenarnya Kim Jongin yang sedang memenuhi tugas ketenteraannya sebagai pekerja perkhidmatan sosial tidak akan menyertai aktiviti-aktiviti promosi album itu.

Walau bagaimanapun, peminat dijangka dapat dengar suara Kai dalam album berkenaan memandangkan dia sedang bersiap sedia untuk kemunculan semula EXO sebelum dapat tahu last minute perlu menyertai khidmat tentera.

EXO-CBX akan menyertai kemunculan semula ini

Sumber: Twitter @xunhuas

Pada 1 Jun lalu, tiga ahli EXO iaitu Chen, Baekhyun dan Xiumin memfailkan notis penamatan kontrak eksklusif sedia ada bersama SM Entertainment.

Menurut peguam Lee Jae Hak dari firma LIN yang mewakili ketiga-tiga ahli EXO itu, Chen, Baekhyun dan Xiumin telah menghantar tujuh pensijilan kandungan kepada SM melalui wakil di sisi undang-undang dari 21 Mac sehingga Mei.

Jae Hak turut berkata, “Melalui ini, mereka berulang kali meminta salinan ketelusan penyata kewangan dan laporan tentang pendapatan yang diterima.

Ia merupakan bare minimum dan hak asasi artis-artis berkenaan untuk menuntut asas pembayaran yang tepat dan telus yang masih belum jelas sehingga kini. SM bagaimanapun menegaskan mereka tidak boleh memberikan salinan laporan itu.

Tambahan pula, selepas SM menandatangani kontrak jangka panjang dengan artis-artis yang menjangkau 12 sehingga 13 tahun pada masa lalu, mereka mendesak artis untuk menandatangani kontrak eksklusif berikutnya sekali lagi bagi memanjangkan ikatan itu untuk sekurang-kurangnya 17 sehingga 18 tahun atau lebih.”

Anda boleh baca penerangan penuh tentang notis penamatan kontrak eksklusif itu di sini.

Sumber: Twitter @Eman992030

Mengetepikan pertikaian undang-undang itu, SM Entertainment dan Baekhyun, Xiumin serta Chen bekerjasama membuat persiapan untuk kemunculan semula EXO.

Ketiga-tiga artis itu mengeluarkan kenyataan tambahan untuk meyakinkan para peminat mereka dengan berkata, “Lebih daripada segala-galanya, kami (Chen, Baekhyun dan Xiumin) menghargai ahli-ahli EXO kami.

Separuh nyawa kami telah dihabiskan untuk berkongsi suka dan duka bersama ahli-ahli kami. Kami tidak akan sama sekali mengkhianati ahli-ahli ini dan akan mengutamakan EXO dalam apa jua keadaan.”

Adakah anda teruja dengan rancangan realiti mereka?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan K-Lejen, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca