Kehangatan konsert kumpulan sensasi K-pop dari Korea Selatan, Blackpink yang berlangsung pada malam semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil sangat meriah.
Kira-kira lebih 62,000 peminat yang tidak melepaskan peluang dan hadir membanjiri stadium untuk menyaksikan konsert kumpulan muzik wanita berkenaan.
Tonight was magical! Get home safe MY-BLINKs! 💖#BORNPINKinKL @BLACKPINKpic.twitter.com/0Ir71GWcbD
— BLACKPINK Malaysia (@myofficialblink) March 4, 2023
Namun begitu, tiket konsert itu laris dijual dalam masa 30 minit semasa jualan umum dibuka.

Tambahan pula, pada 20 Februari yang lalu pihak penganjur turut membuka tiket tambahan yang berharga serendah RM188.
Harga dimurahkan kerana tempat duduk di bahagian itu mempunyai pemandangan yang terhad dan hanya boleh dilihat pada skrin besar sahaja.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh semalam turut berkongsi dalam kemas kini di laman Twitter menasihatikan para peminat Blackpink agar menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan.
Hey Blinks, reminder to take LRT to Bukit Jalil tonight. There are 2 concerts happening simultaneously today. Blackpink in your area 🥰 pic.twitter.com/H7HVZHiZ1N
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) March 4, 2023
Sebelum ini, Rapid KL juga telah mengumumkan waktu operasi bagi stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi (5 Mac).
Penonton yang hadir pada malam semalam sangat ramai sehinggakan sorakan mereka yang memenuhi stadium tersebut mampu dirasai sehingga ke bangunan perumahan yang terdekat.
Malaysian Blinks and their loud screams are heard even buildings away from the Stadium! #BORNPINKinKL pic.twitter.com/x0mMnNpHou
— BLACKPINK STATS (@BLACKPINKSTATS5) March 4, 2023
Ini merupakan konsert kedua Blackpink di Malaysia, dengan kali pertama adalah pada 2019 menerusi konsert Blackpink World Tour: In Your Area.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan K-Lejen, anda boleh klik pada pautan di bawah: