RBW Entertainment mencetuskan kontroversi selepas mereka didakwa gagal menyampaikan hadiah peminat kepada ahli kumpulan Mamamoo iaitu Hwasa seperti yang dijanjikan.

Bagi menunjukkan sokongan yang berterusan terhadap idola tersebut, peminat menghadiahkan kotak makan tengahari untuk dihantar ke lokasi penggambaran rancangan idola itu di tvN “HwaSa Show.”
Bagaimanapun, usaha mereka menjadi sia-sia apabila agensi tersebut gagal mengemas kini maklumat mengenai perubahan tarikh dan masa penggambaran.
~ Kfans contacted RBW for lunchbox support, RBW gave them date and place for delivery and told them to deliver there, they arrived there with all the food and there was no filming that day and rbw didn’t tell them it changed, And also they never told pd team anything, RBW 🖕 https://t.co/0w1nxeSdz2
— 나미 • semi ia (@whatgirlnim) January 10, 2023
Menerusi laman Twitter, peminat yang merupakan salah seorang daripada penggerak inisiatif tersebut menjelaskan bahawa krew produksi rancangan itu juga tidak dimaklumkan mengenai projek kotak makan tengah hari yang dihantar oleh para peminat.
Lebih memburukkan keadaan pihak produksi sendiri yang memaklumkan peminat yang telah tiba di lokasi bersama kotak makan tengah hari tersebut mengenai perubahan masa dan lokasi penggambaran dan bukan daripada agensi tersebut.
Setelah aduan dibuat melalui e-mel dan media sosial, pihak RBW Entertainment mengakui kesilapan mereka dan mengeluarkan permohonan maaf kepada peminat melalui e-mel.
Pihak syarikat menyatakan kekesalan mereka atas kesilapan tersebut dan merancang untuk menyampaikan hadiah yang sama kepada krew “Hwasa Show” termasuklah idola itu.
so it's not fully delivered whatever that means and they will send the same support + compensate fully .. Am i right? https://t.co/AmvRm8Qcky pic.twitter.com/7RWaCPqAuj
— b𓃬 Hwasa Show 화사쇼 (@felicitydundee) January 12, 2023
Isu ini menjadi perbincangan hangat di kalangan peminat apabila terdapat beberapa orang yang tampil ke hadapan dan menyatakan hadiah dan projek sokongan mereka sebelum ini juga tidak pernah dihantar kepada Hwasa.
Baru-baru ini, dalam satu panggilan video bersama peminat, vokalis kumpulan tersebut membuat pengakuan bahawa dia tidak menerima hadiah yang pernah dihantar oleh peminat.
RBW is getting worse day by day
— 𝐒𝐮𝐜𝐡𝐚𝐝𝐚💋 (@_Suchada_Fa) January 10, 2023
I sent a gifts to hwasa on 24.11 (GP comeback) 10 days after, I asked her if she received her gifts and this is her reaction…she didn’t know anything about it.
I wouldn’t doubt it if she said she knew about it but hadn’t picked it up yet. pic.twitter.com/Mp5HyLVULH
So hwasa still doesn’t know anything about the hwasa show support? RBW keeps lying lmao pic.twitter.com/i2I15kuH7X
— 나미 • semi ia (@whatgirlnim) January 12, 2023
Hal ini semakin menimbulkan kemarahan di kalangan peminat. Ramai yang menyatakan kerisauan mereka mengenai penganiayaan yang berlaku terhadap idola itu.
Isu menjadi semakin hangat apabila terdapat banyak isu salah urus yang turut dialami oleh semua ahli Mamamoo sama ada secara berkumpulan mahu pun sebagai artis solo pada tahun 2022.
Pihak syarikat itu juga dikatakan gagal untuk mengemas kini jadual mereka sebagai artis solo, mempromosikan persembahan solo dan menghadiri majlis.
Ini menyebabkkan kontroversi mengenai projek kotak makan tengah hari untuk Hwasa menjadi perbualan hangat para peminat. Ditambah pula dengan dakwaan bahawa hadiah peminat yang tidak disampaikan kepada artis tersebut, menyebabkan ramai peminat membuat spekulasi.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan K-Lejen, anda boleh klik pada pautan di bawah: