K-Lejen: 5 Pencuci Mulut Ini Anda Perlu Cuba Ketika Di Korea

Apabila datang ke Korea selain mengunjungi tempat-tempat menarik di sana, anda pasti akan mencari makanan-makanan yang sedap dan halal.

Sumber: CNN Travel

Sebut sahaja makanan anda akan terfikir Tteokbokki, Bimbimbap, Kimchi Jigae dan banyak lagi. Sebenarnya pencuci mulut juga anda boleh cuba.

Di sini, kami menyenaraikan lima pencuci mulut yang terkenal di Korea yang anda boleh cuba apabila datang ke Korea.

1. Yakgwa

Yakgwa ialah makanan tradisional di Korea. Perkataan ‘Yakgwa’ membawa maksud ubat manisan. Oleh itu, untuk pengetauan anda, pencuci mulut ini dijadikan ubat.

Sumber: Kimchimari

Yakgwa ini diperbuat dari tepung gandum, minyak bijan, minyak masak, serbuk kayu manis, garam, gula dan sedikit lada.

Bila Yakgwa ini siap dimasak, mereka akan siramkan Yakgwa ini dengan madu untuk dijadikan sebagai perasa yang manis.

2. Songpyeon

Sumber: Korea.net

Songpyeon ini merupakan kuih tradisional yang hanya dijumpai ketika musim perayaan di Korea. Kuih ini diperbuat daripada tepung pulut dan intinya ada 2 jenis perisa seperti pes kacang merah dan kacang berangan.

Maklumat untuk korang, kuih ini berbentuk separuh bulan dan warnanya yang popular adalah kuning, putih, hijau dan juga ungu.

3. Patbingsoo

Sumber: Rove.me

Patbingsoo ini adalah ais yang dikisar halus dan disajikan dengan kacang merah dan juga kek nasi lembut pada asalnya. Kalau di Malaysia, anda boleh kaitkan dengan Cendol dan Air Batu Campur (ABC)

Kini, Patbingsoo boleh didapati dengan pelbagai perisa dan variasi topping menarik yang menjadi perhatian semua. Sesuai dihidang waktu panas, perkena Patbingsoo memang menjadi!

4. Bungeo Bbang

Sumber: Recipes.net

Bungeo Bbang ini juga merupakan pencuci mulut yang sangat popular dalam kalangan rakyat Korea.

Pencuci mulut ini berbentuk ikan emas dan mempunyai pelbagai jenis inti seperti pes kacang merah, coklet, kastard, mentega kacang dan banyak lagi. Anda boleh dapat pencuci mulut ini di gerai jalanan dan boleh menikmatinya ketika cuaca sejuk.

5. Injeolmi

Sumber: Maangchi

Injeolmi ini merupakan salah satu variasi dari kek beras korea. Pencuci mulut ini disajikan dengan saiz yang kecil dan disaluti dengan serbuk kacang kering.

Untuk pengetahuan korang, Injeolmi ini merupakan pencuci mulut yang terkenal dan hanya dibuat pada majlis khas sahaja. Sebagai contoh ketika majlis perkahwinan, pencuci mulut ini akan diberikan kepada pengantin sebagai tanda kekal sehingga ke akhir hayat.

Nampak terliur, kan? Jangan lupa cuba pencuci mulut ini apabila anda berpeluang ke Korea!

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca