Baru-baru ini, lima watak penjahat siri hit The Glory telah berkumpul untuk sesi bergambar dengan W Korea!
Dalam sesi ini, lima pembuli zaman sekolah Moon Dong Eun yang dilakonkan oleh Lim Ji Yeon, Park Sung Hoon, Kim Hieora, Cha Joo Young dan Kim Gun Woo turut berkongsi tentang peranan mereka, pendekatan dalam lakonan dan banyak lagi.
Siri drama yang ditulis oleh penulis hit Kim Eun Sook, The Glory mengisahkan tentang bekas mangsa keganasan buli yang berlaku di sebuah sekolah yang kejam. Mangsa kemudian bersumpah untuk membalas dendam terhadap pembulinya selepas menjadi guru kelas sekolah rendah kepada anak pembulinya.
Watak protagonis drama ini dibintangi oleh Song Hye Kyo sebagai Moon Dong Eun manakala Lee Do Hyun memainkan watak utama iaitu sebagai lelaki yang rumit bernama Joo Yeo Jeong.

Selepas melakonkan watak pembuli Park Yeon Jin, Lim Ji Yeon menyentuh tentang cabaran untuk membawa watak penjahat tanpa latar belakang yang jelas dan sangat jahat tanpa sebab.
Pelakon itu berkongsi, “Perlukah saya katakan yang dia mempunyai kecenderungan untuk menjadi psikopat? Adakah kerana dia dibesarkan oleh ibunya yang jahat?”
Selepas memikirkan persoalan-persoalan ini saya akhirnya membuat kesimpulan bahawa Yeon Jin tidak tahu apa-apa. Dia tidak tahu konsep (perasaan) buruk atau bersalah. Dia tidak perlu bersusah payah jika inginkan sesuatu dan hanya hidup dengan menikmati apa yang diberikan kepadanya.
Apabila saya berfikiran begitu, dari situ semua adegan dapat dilakukan secara sedikit demi sedikit.

Park Sung Hoon pula berkongsi mengenai usaha yang dilakukan untuk penampilan fizikal watak Jung Jae Joon.
Beliau menyatakan, “Saya membuat persiapan pakaian lebih banyak berbanding projek lain. Saya perhati apa yang saya makan dan memberi banyak perhatian kepada gaya rambut. Sambil berfikir tentang cara untuk menghayati watak, saya terbayangkan gaya rambut yang panjang. Jadi ia mungkin kelihatan buruk apabila menambah sedikit berat badan.”

Semasa penggambaran ini, Kim Hieora tampil memakai rambut palsu panjang untuk menyembunyikan potongan rambut berwarna perangnya kerana mempunyai penggambaran drama yang sedang dijalankan.
Pelakon itu menjelaskan, “Saya muncul dalam The Uncanny Counter 2 sebagai syaitan. Dari segi kekuatan, watak ini mempunyai kira-kira lapan kali lebih kuat daripada watak Sa Ra The Glory.
Oleh kerana watak itu bukan manusia, saya berasa lebih selesa. Kerana ia berasa seperti animasi.”
Kim Hieora berkongsi, “Apabila saya berlakon, saya rasa tanda soal adalah penting. Mengapa adegan ini diperlukan? Mengapa mereka berkata begini? Apa yang ditunjukkan di hadapan kamera ialah apa yang muncul selepas tanda soal bertukar menjadi tanda seru. Tetapi Sa Ra bukan watak biasa. Penerbit juga ada memberitahunya bahawa Sa Ra hanyalah seorang yang jahat. Jangan cuba memahami atau mencari sebab.”

Dalam The Glory, Cha Joo Young melakonkan watak Choi Hye Jeong. Walaupun dirinya seorang pembuli, beliau juga sering menjadi sasaran rakan pembulinya yang lain.
Pendekatan yang digunakan untuk membawa watak yang rumit ini, Cha Joo Young mengulas, “Saya berasa buntu kerana saya tidak dapat berjumpa dengan mana-mana watak seperti Hye Jeong di sekeliling saya. Saya sering menulis nota dalam keadaan marah. Saya tidak suka merasa bimbang kerana tidak mempunyai jawapan. Saya rasa seperti kepala saya akan meletup. Kesimpulan yang saya buat daripada ini adalah dengan memberi tumpuan kepada skrip dan bukannya cuba untuk mencari sesuatu. Itulah sebabnya saya hanya membaca skrip.”
Pelakon itu menjelaskan bahawa dia sangat tertekan sepanjang lapan bulan penggambaran. Ia bukan kerana ada sesiapa yang berada di set, tetapi kerana dia meletakkan dirinya di bawah tekanan yang begitu tinggi.
Cha Joo Young menjelaskan lagi, “Tetapi selepas kami melepasi separuh jalan penggambaran, saya mendapat reaksi seperti ‘itu bagus, lakukan seberapa banyak yang awak inginkan.”
Semasa bercakap dengan para pelakon, saya belajar banyak perkara. Pada mulanya, saya rasa pengarah mencipta persekitaran supaya saya boleh kekal berasa gugup seperti Hye Jeong. Sampai satu tahap, dia sangat memberi galakan kepada saya.”
Selain itu, pelakon itu mendedahkan bahawa dia membuat penggambaran The Glory dan Again My Life pada masa yang sama membuktikan betapa berbakatnya dia kerana perlu menukar watak dengan kerap.

Antara watak yang dipandang rendah dalam kumpulan pembuli ini ialah watak Son Myeong Oh lakonan Kim Gun Woo. Beliau berjaya membawa watak ini dengan sempurna tanpa sebarang keraguan.
Sejak mereka di sekolah menengah, Son Myeong Oh sering menjadi orang bawahan dan bertanggungjawab menjalankan tugas untuk Jung Jae Joon.
Walaupun beberapa dekad telah berlalu, kehidupannya tidak banyak yang berubah. Dia tetap menjadi sasaran rakan pembuli yang lain dan membuatkan Son Myeong Oh berasa kesal dan rendah diri.
Ketika mencari identiti unik dalam kalangan semua pembuli ini, Kim Gun Woo berkongsi, “Myeong Oh memberikan aura penipuan yang sering kita lihat dalam kehidupan seharian. Di satu sudut lain, dia boleh dikatakan tidak bersalah. Berbanding dengan watak kaya seperti Jae Joon, dia sering dipandang remeh.”
Kim Gun Woo berkongsi bahawa penggambaran pertamanya untuk The Glory adalah adegan dengan Song Hye Kyo. Pelakon utama itu memberitahunya bahawa dia boleh buat adegan itu sesuka hati supaya dia boleh melakonkan watak itu dengan selesa.
Bagaimanapun, dia menambah, “Apabila saya berlakon, saya melakukan yang terbaik supaya saya tidak menyesal tetapi saya sentiasa berasa seperti saya kurang memberi prestasi yang baik.”
Adakah anda telah menonton siri ini di Netflix? Kongsikan pendapat anda mengenai drama ini!
Untuk baca artikel-artikel berkaitan K-Lejen, anda boleh klik pada pautan di bawah: