K-Lejen: ‘2023 iKON World Tour Take Off’ Di Malaysia Julai Ini

Kumpulan K-Pop terkenal, iKON telah mengumumkan konsert jelajah dunia yang bakal dilakukan untuk tahun 2023 di negara Asia, Eropah dan Amerika.

Sumber: Allkpop

Konsert 2023 iKON World Tour Take Off telah menyenaraikan 17 negara yang bakal dijelajah oleh kumpulan yang popular dengan lagu ‘Love Scenario’ ini.

Antaranya ialah di China, Jepun, Filipina, Singapura, Thailand serta bandar-bandar di Eropah dan Amerika.

Tidak ketinggalan, peminat iKON daripada Malaysia juga dapat menyaksikan persembahan tersebut di Kuala Lumpur. Kali terakhir persembahan iKON di Malaysia ialah tahun 2018 di Stadium Malawati Shah Alam.

Ahli kumpulan iKON yang terdiri daripada Bobby, Kim Jinhwan, Song Yunhyeong, Kim Donghyuk, Goo Junhoe, and Jung Chanwoo bakal memulakan jelajah mereka pada bulan Mei sehingga September.

Sumber: ABS-CBN News

Buat masa sekarang, tidak banyak butiran tentang jelajah seperti tarikh dan harga tiket melainkan mendedahkan poster tetapan bulan penjelajahan untuk setiap negara.

Anda boleh mendapatkan lanjutan maklumat dari masa ke masa. Jom simpan duit untuk konsert iKON nanti!

Sumber: NME

Untuk rekod, iKON telah berhenti daripada YG Entertainment dan memulakan lembaran baru dengan mendaftar di 143 Entertaiment.

Awal bulan Mac ini, iKON telah membuat dia pengumuman iaitu Bobby mengeluarkan solo pertama dan juga berkenaan tarikh konsert jelajah dunia ini.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca