‘Jutawan’ Tinggalkan Isteri Dengan Hutang Sebanyak RM481,343 Selepas Melangsungkan Perkahwinan

Hari perkahwinan sepatutnya menjadi sebuah hari yang paling membahagiakan bagi kedua pasangan mempelai. Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Pengantin perempuan telah ditinggalkan oleh suaminya berserta tanggungan hutang yang tidak mampu dia bayar.

Seorang pengantin perempuan kini terpaksa menanggung hutang sebanyak RM481,343 selepas suaminya melarikan diri sejurus selepas majlis perkahwinan mewah mereka berakhir.

Pertemuan pertama adalah pada bulan Mac 2019. Nat dikhabarkan telah melamar Da untuk dijadikan isteri pada keesokan harinya. Nat memberitahu pengantin perempuan tersebut bahawa dia merupakan seorang CEO yang kaya dan mempunyai pelbagai urusan bisnes di Hong Kong.

Sebulan kemudian, pasangan tersebut mendaftarkan perkahwinan mereka dan mengedarkan kad jemputan perkahwinan yang bakal berlangsung di sebuah hotel mewah di wilayah Buri Ram, Thailand.

Sumber: Bangkok Post

Ibu Da menerusi media tempatan berkata bahawa jumlah keseluruhan majlis perkahwinan anaknya ialah 3,500,000 baht (RM481,343). Bangkok Post pula melaporkan bahawa pengurus perkahwinan Nat dan Da berkata dia telah menerima upah sebanyak 300,000 baht (RM41,277) untuk majlis perkahwinan tersebut.

Pada hari kejadian, Nat meninggalkan cek bernilai RM220,000 sebagai mas kahwin. Walau bagaimanapun, cek itu lesap selepas majlis tersebut selesai.

‘Jutawan’ tersebut yang kononnya mengendalikan penerbangan sewa khas antara Thailand dan Hong Kong telah meninggalkan Da tanpa membayar sebarang bil untuk majlis mereka. Sehingga kini, Nat masih tidak dapat dikesan.

‘Jutawan’ tersebut dikatakan telah dihubungi beberapa kali oleh kakitangan hotel untuk menuntut bayaran bagi makanan dan tempat perkahwinan namun telefon bimbitnya dimatikan. Untuk itu, pihak hotel membenarkan pengantin perempuan untuk membayar bil tersebut secara ansuran.

Walaupun begitu, pengurus perkahwinan mereka telah menyaman Da atas invois yang tidak berbayar. Pengantin perempuan tersebut telah memohon bantuan perundangan dan kini dilaporkan sedang memfailkan perceraian.

Artikel Lain Untuk Di Baca