Penyakit Semakin Teruk, Justin Bieber Tangguh Konsert

Penyanyi terkenal, Justin Bieber terpaksa tangguhkan konsert jelajah dunianya, Justice World Tour atas arahan doktor.

Sumber: Instagram @justinbieber

“Tidak sangka saya akan umumkan perkara ini. Saya sudah cuba segalanya untuk sembuhkan penyakit saya ini tetapi ia semakin melarat,

“Hati saya hancur kerana perlu tangguh konsert beberapa hari yang akan datang ini (arahan doktor). Kepada orang-orang saya, saya sayang anda sangat-sangat dan saya akan berehat dan menjadi lebih sihat.” tulis Justin Bieber di Instagram.

Bieber tidak menerangkan secara terperinci tetapi dari membacanya, perkara ini mestilah serius sehingga perlu tangguh konsertnya di Toronto’s Scotiabank Arena iaitu di negara asalnya, Kanada.

Konsert tersebut sepatutnya berlangsung pada selasa dan rabu malam minggu ini tetapi atas sebab ini, ia haruslah ditunda.

Peminat teringat semula yang penyanyi Kanada ini juga pernah batalkan 14 konsert terakhirnya, Purpose World Tour tahun 2017 tetapi pada waktu itu, ia disebabkan kemurungan, kebimbangan dan keletihan.

Arena berkenaan juga telah umumkan berita dukacita ini di akaun Instagram mereka.

“Oleh kerana penyakit yang tiada kaitan dengan COVID, konsert-konsert Justice Tour di Toronto minggu ini telah ditangguhkan. Simpan tiket-tiket anda kerana ia akan dihormati apabila tarikh baru diumumkan nanti.” tulis mereka kepada semua peminat Bieber yang sedang teruja untuk pergi ke konsert idola mereka itu.

Sekiranya anda ingin membaca lebih banyak artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca